MODURA TAMPIL DI MALAYSIA, MERAPATKAN JURANG ANTARA KABINET RUMAH SEGMEN MAMPU MILIK DAN PREMIUM
Dee Noon Corporation secara rasmi melancarkan MODURA, sebuah jenama gaya hidup baharu yang membawakan penyelesaian kabinet dapur dan kediaman bertaraf eksport terus kepada pengguna di Malaysia. Melalui model terus dari kilang, jenama ini merapatkan jurang industri dengan menawarkan perabot modular premium yang estetik dan berdaya tahan tanpa bebanan kos kabinet tersuai tradisional.
Mempunyai pengalaman dua dekad dalam pembuatan global ke pasaran seperti AS, UK, dan Eropah, Dee Noon memastikan operasi B2B sedia ada tetap berjalan seiring bagi menyokong pemaju dan projek komersial menggunakan standard kualiti gred eksport yang sama.
Pengasas Dee Noon Corporation dan MODURA, Dato’ Kang Lean Hiang berkata, “MODURA menandakan peralihan kami daripada pembuatan eksport kepada jenama gaya hidup berasaskan pengguna. Kami kini membawakan kualiti kerja gred eksport dan inovasi terus kepada pemilik rumah di Malaysia melalui pengalaman yang lebih lancar dan mudah diakses.”
Rakan Perniagaan MODURA, Dato’ Michael Chooi Yoey Sun menambah bahawa pemilik rumah masa kini amat mementingkan aspek fungsi dan kualiti konsisten. Berasaskan kelebihan strategik kemudahan pengeluaran dan aplikasi teknologi syarikat, MODURA sedia menawarkan penyelesaian komprehensif untuk pasaran tempatan.
Antara keutamaan MODURA termasuklah persekitaran dalaman yang sihat menerusi penggunaan bahan gred E0 dengan pelepasan formaldehid sangat rendah. Diposisikan dalam segmen pertengahan hingga premium, harga kompetitif jenama ini direalisasikan melalui keupayaan pembuatan langsung dan hab pengeluaran berpusat di Pulau Pinang.
Teras utama penawaran MODURA terletak pada ekosistem digital bersepadu hasil kerjasama antara Foundryx (Malaysia), Coohom (China), dan HOMAG (Jerman). Proses dipacu teknologi ini membolehkan pelan lantai diterjemahkan kepada visualisasi 3D fotorealistik dan sebut harga telus, sebelum dihantar terus ke sistem pengeluaran. Pendekatan ini menghapuskan isu salah faham serta ketidakpastian kos, sekali gus menawarkan tempoh penyiapan standard seawal 21 hari sahaja.
Bersempena pelancaran ini, MODURA membuka galeri pengalaman pertamanya berkeluasan 4,000 kaki persegi di Plaza Arkadia, Desa ParkCity untuk membolehkan pelanggan meneroka reka bentuk dan berinteraksi dengan perunding hiasan dalaman.
Siri pertumbuhan runcit jenama ini disokong oleh Cube Creation Group selaku pengedar eksklusif. Pengarah Urusannya, Encik Benny Tai menyatakan bahawa MODURA menggabungkan kepakaran pembuatan yang kukuh untuk menawarkan penyelesaian kediaman premium yang mudah diakses serta diyakini di Malaysia.
Melangkah ke hadapan, MODURA menyasarkan untuk mengukuhkan kehadirannya di seluruh negara sebelum berkembang ke pasaran Asia Tenggara menerusi peluang francais dan kolaborasi strategik dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Comments
Post a Comment