PROGRAM JELAJAH ECRL: AKTIVITI INTERAKTIF DAN MAKLUMAT PROJEK DI LOKASI ANDA
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan membawa Trak Pameran Bergerak ECRL ke komuniti Pantai Timur melalui program jelajah dari 3 Jun hingga 15 Julai 2026. Inisiatif ini bertujuan mendekatkan orang ramai dengan projek ECRL, termasuk memberikan maklumat mengenai laluan, kesalinghubungan dan manfaat kepada masyarakat setempat.
Program ini akan bermula dengan hentian pertama di Dataran Bentong, Pahang pada 4 Jun, diikuti Felda Mempaga pada 5 Jun, UMPSA Pekan pada 6 Jun dan East Coast Mall, Kuantan pada 7 Jun, sebelum meneruskan jelajah ke lokasi lain di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz digital interaktif, ruang interaksi media sosial, kaji selidik perkhidmatan ECRL dan menerima cenderamata eksklusif. Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen MRL untuk memperkukuh libat urus bersama masyarakat menjelang operasi ECRL pada Januari 2027, selain meningkatkan kesedaran keselamatan awam seiring dengan kerja-kerja pengaktifan sistem elektrik projek tersebut.
Orang ramai dijemput hadir ke lokasi Trak Pameran Bergerak ECRL berdekatan. Untuk maklumat lanjut mengenai jadual hentian, layari laman web rasmi MRL di www.mrl.com.my dan ikuti saluran media sosial rasmi ECRL di Instagram, Facebook dan X.
.jpeg)
Comments
Post a Comment