ALWAYS ROBOTS BUKA ERA BAHARU AI DI MALAYSIA, MEMACU REVOLUSI ROBOTIK PINTAR DAN EKOSISTEM AUTOMASI MENYELURUH UNTUK PERNIAGAAN TEMPATAN


Always Robots Sdn. Bhd. hari ini secara rasmi mengumumkan pelancarannya di Malaysia menerusi sidang media yang berlangsung di KL Gateway Bangsar. Ditubuhkan sebagai usaha sama strategik antara tiga peneraju industri – Always Marketing Shanghai, SparkRobot dan AGIBOT – Always Robots bersedia merevolusikan landskap industri dan komersial Malaysia dengan berperanan sebagai Leasing Alliance bagi robot humanoid dan quadruped canggih keluaran AGIBOT.


Gabungan ini menghimpunkan capaian perkhidmatan menyeluruh daripada Always Marketing, ekosistem teknologi kukuh SparkRobot serta teknologi Embodied AI termaju daripada AGIBOT. Misi syarikat ini dirangkum dalam tagline, “Intelligence for Everyday Life”, dengan aspirasi menjadikan robotik canggih lebih mudah diakses, praktikal dan transformatif untuk perniagaan di Malaysia.

“Pelancaran hari ini bukan sahaja menjadi pencapaian penting kepada rakan kongsi pengasas kami, malah kepada keseluruhan landskap teknologi di Malaysia,” kata Patrick Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Always Robots. “Dengan menggabungkan kekuatan Always Marketing, SparkRobot dan AGIBOT, kami membina ekosistem robotik menyeluruh. Kami bukan sekadar menjual robot, tetapi menyediakan penyelesaian automasi lengkap yang akan memperkasa perniagaan meningkatkan produktiviti, memacu inovasi dan menambah potensi manusia dalam semua sektor.”


Dalam sidang media tersebut, Always Robots turut memperkenalkan pelan strategik dan portfolio produk yang merangkumi Humanoid Robots AGIBOT (X-Series & A-Series) serta Quadruped Robots (D-Series). Robot serba guna ini dilengkapi teknologi AI teras yang membolehkan mereka belajar dan melaksanakan tugasan kompleks dengan prestasi pergerakan lanjutan serta keupayaan komunikasi suara.

Syarikat itu turut menggariskan rancangan pengembangan yang menyasarkan sektor utama termasuk runcit, pendidikan, perkhidmatan komersial serta industri acara dan hiburan. Bagi mempercepatkan penerimaan pasaran, Always Robots memperkenalkan model jualan hibrid yang menggabungkan pendekatan terus kepada pengguna dengan rangkaian pengedaran B2B yang kukuh. Antara tawaran termasuk penyelesaian sewaan fleksibel, pilihan rent-to-buy, serta sistem perkhidmatan selepas jualan dan penyelenggaraan menyeluruh.


“Pasaran robotik Malaysia sedang berkembang pesat dan permintaan terhadap automasi pintar semakin tinggi,” tambah Goh. “Dengan pembukaan Showroom Operation utama kami di Kuala Lumpur, teknologi ini akan dibawa terus ke pasaran. Matlamat jangka panjang kami adalah mempopularkan robotik di Malaysia dan membina ekosistem pintar yang meletakkan negara sebagai peneraju penerimaan AI di Asia Tenggara.”

Majlis pelancaran turut menampilkan demonstrasi langsung barisan robot, memperlihatkan interaksi AI, keupayaan pergerakan serta aplikasi dalam senario kehidupan sebenar. SparkRobot, sebagai pemegang saham utama, turut membentangkan peluang kerjasama perniagaan dan pelaburan, mengundang pengedar, pengusaha serta rakan strategik untuk menyertai ekosistem Always Robots.

Always Robots menjangkakan mencapai keuntungan dalam tempoh tiga tahun operasi, dengan visi menjadi penyedia utama penyelesaian robotik pintar di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.


Untuk maklumat lanjut mengenai Always Robots dan peluang kerjasama, sila layari www.always-robots.com.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

JOM MERIAHKAN EVERSE 2026: ALAMI GABUNGAN UNIK PELANCONGAN, TEKNOLOGI DAN HIBURAN MENARIK!