VIVO Y31S DILANCARKAN DENGAN BATERI BLUEVOLT 6500MAH, KUASA TAHAN SEPANJANG HARI DENGAN HARGA BERMULA RM1,199


vivo Malaysia secara rasmi telah melancarkan vivo Y31s, sebuah telefon pintar mampu milik yang dibina khusus untuk menyokong pengguna aktif yang sentiasa bergerak. Peranti ini menggabungkan bateri berkapasiti mega, ketahanan fizikal bertaraf lasak, dan prestasi yang dioptimumkan untuk penggunaan jangka panjang.

Dari segi reka bentuk, vivo Y31s hadir dengan profil nipis setebal 8.39mm dan berat 209g yang dilengkapi reka bentuk belakang quad-curved serta bingkai bertekstur logam matte. Model ini ditawarkan dalam dua pilihan warna yang diinspirasikan oleh suasana malam ibu kota, iaitu KL Midnight Purple dan Glowing Black. Penampilannya turut dimantapkan lagi dengan ciri Dynamic Light berbentuk cincin di bahagian belakang untuk paparan animasi cahaya notifikasi yang boleh diubah suai mengikut personaliti pengguna.


Menyasarkan pekerja luar dan individu yang sering berhadapan persekitaran mencabar, vivo Y31s dilengkapi penarafan kalis habuk dan air IP68 serta IP69+ yang membolehkannya menahan rendaman serta pancutan air bertekanan tinggi. Skrin peranti ini dilengkapi ciri Wet-Hand Touch untuk kekal responsif ketika basah, fungsi One-Tap Water Photography, dan sistem penyingkiran air terbina dalam. Bagi ketahanan fizikal, ia menerima pensijilan SGS Gold Label 5-Star Premium Performance dan melepasi standard ketenteraan MIL-STD-810H yang mampu menahan jatuhan dari ketinggian sehingga 3.5 meter, dibantu oleh pelindung skrin Guardian Glass yang diperkukuh.

Sektor kuasa menjadi tunjang utama peranti ini menerusi bateri BlueVolt 6500mAh yang menggunakan seni bina ketumpatan tenaga ultra tinggi 782 Wh/L, memberikan tambahan kapasiti sehingga 1,000 mAh dalam saiz fizikal yang kekal kompak. Bateri ini menawarkan masa siap siaga sehingga 9.6 hari dan direka untuk bertahan sehingga 1,600 kitaran pengecasan penuh (sekitar lima tahun penggunaan) dengan kapasiti yang kekal melebihi 80%.

Bagi memaksimumkan jangka hayat peranti, algoritma kesihatan bateri vivo menyediakan perlindungan pengecasan pintar semalaman dan had pengecasan pada paras 80% atau 90%. Pengecasan pula dikuasakan oleh teknologi Smart 44W FlashCharge yang dilengkapi sistem perlindungan keselamatan 29 lapisan serta cip IC buck-boost 2:1 demi memastikan kecekapan tenaga sehingga 98.5%.
Prestasi Lancar 50 Bulan dan Ekosistem AI

vivo Y31s dipacu oleh cipset Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2 (4nm) berarsitektur lapan teras dengan kelajuan sehingga 2.2 GHz, yang memberikan peningkatan prestasi CPU sebanyak 10% berbanding generasi terdahulu. Kuasa ini dipadankan dengan storan UFS 3.1 yang menawarkan kelajuan baca/tulis 3x lebih pantas mencapai 1800 MB/s. Pengguna juga disajikan dengan konfigurasi RAM 8GB bersama +8GB Extended RAM untuk menyokong lebih 25 aplikasi latar belakang, serta ruang storan sehingga 256GB dengan teknologi pemampatan pintar. vivo menjamin kelancaran sistem peranti ini sehingga 50 bulan penggunaan hasil pengoptimuman menyeluruh perkakasan dan perisian, termasuk pengenalan ciri produktiviti seperti Origin Island, AI Captions, vivo Office Kit, serta sistem sekuriti Private Space dan Theft Protection.

Pengalaman multimedia pada vivo Y31s disokong oleh skrin High-Brightness Eye Protection Display bersaiz 6.72 inci dengan resolusi 1080P. Skrin ini menyokong kadar segar semula 120Hz untuk visual yang lancar, kecerahan maksimum sehingga 1050 nits di bawah cahaya matahari, serta pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light untuk perlindungan mata. Sektor audio pula membawakan sistem dwi-pembesar suara stereo dengan peningkatan kelantangan sehingga 400% daripada standard industri, memastikan arahan navigasi dan panggilan suara kekal jelas walaupun dalam persekitaran bising atau trafik sesak.

Untuk sektor fotografi, peranti ini dilengkapi dengan kamera belakang 50 MP HD dan kamera depan 32 MP yang menghasilkan imej yang tajam dan semula jadi. Sistem kamera ini diperkasakan oleh rangkaian alat kreatif berasaskan kecerdasan buatan (AI) termasuk ciri AI Erase untuk memadam objek mengganggu, AI Photo Enhance, Live Photo, Dual-View Video, Multi-Style Portraits, dan fungsi penggambaran bawah air yang diaktifkan melalui butang fizikal.


Ketersediaan dan Promosi Jualan Pertama

vivo Y31s akan ditawarkan dalam varian 12GB (6+6) + 256GB pada harga bermula RM1,199. Pelanggan boleh mendapatkannya di semua vivo Concept Store serta secara dalam talian di https://www.vivo.com/my.

Jangan lepaskan Promosi Jualan Pertama yang menarik dari 13 Jun hingga 30 Jun 2026, di mana pelanggan boleh menikmati ganjaran eksklusif dan nilai tambahan dengan setiap pembelian. Pembeli akan menerima Petrol Card RM50 percuma (bersamaan 250KM perjalanan), terhad kepada 1,000 pelanggan terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat, serta jaminan lanjutan 6 bulan untuk ketenangan minda tambahan. Pelanggan juga boleh menikmati pilihan bayaran fleksibel melalui SPayLater dengan pelan ansuran 6 bulan 0% faedah serta diskaun tambahan RM100 untuk pembelian melebihi RM1,000.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi dan ikuti vivo Malaysia di media sosial:

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

BUKAN SEKADAR JUMPSCARE MURAHAN, ‘KHADAM’ TAMPAR REALITI TRAUMA GENERASI & SEKSISME DOMESTIK!