GUARDIAN PERKENAL RANGKAIAN BAHARU MANNINGS GUARDIAN, TAWARKAN KUALITI DIPERCAYAI DAN NILAI TERBAIK UNTUK KEPERLUAN HARIAN KELUARGA MALAYSIA


Setiap hari, jutaan rakyat Malaysia menggunakan pelbagai produk dalam rutin kehidupan seharian mereka - daripada berus gigi untuk memulakan hari dan mandian badan yang menyegarkan selepas seharian beraktiviti, hinggalah sabun pencuci tangan di dapur, aksesori kecantikan di meja solek dan kelengkapan kembara untuk menemani setiap perjalanan.


Menyedari betapa pentingnya produk-produk ini dalam kehidupan seharian, guardian, Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 Malaysia*, hari ini memperkenalkan rangkaian baharu mannings guardian – koleksi produk keperluan harian berkualiti yang komprehensif, direka bagi membantu rakyat Malaysia menjaga diri dan keluarga dengan lebih yakin.


Pelancaran ini menggabungkan kekuatan guardian, yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Malaysia selama hampir 60 tahun, dan kepakaran mannings, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Hong Kong yang berpengalaman luas dalam membangunkan produk jenama sendiri yang dipercayai.


Bersama-sama, kedua-dua jenama ini telah menghasilkan satu rangkaian yang menyatukan kualiti, inovasi dan nilai terbaik merentasi kategori, termasuk penjagaan diri, penjagaan mandian, penjagaan mulut, aksesori kecantikan serta keperluan isi rumah.


Jenama sendiri ‘bertaraf emas’ dengan kualiti yang dipercayai

Rangkaian jenama sendiri mannings guardian dibangunkan dengan penuh teliti. Menurut Fann Yuen, Pengarah Jenama Sendiri Kumpulan DFI yang mengetuai proses pembangunan bersama produk ini,

“Kami mengamalkan proses jaminan kualiti yang komprehensif merangkumi 20 langkah, termasuk pemilihan pembekal, pembuatan, keselamatan produk, kawalan kualiti serta penilaian prestasi sebelum sesuatu produk berada di rak jualan. Selain itu, rangkaian ini juga:
  • Diuji secara dermatologi
  • Dibangunkan berlandaskan prinsip kecantikan bersih (clean beauty)
  • Tidak diuji ke atas haiwan
  • Telah diuji dan diluluskan oleh pengguna sebenar
Piawaian yang ketat ini mencerminkan komitmen guardian untuk menawarkan produk yang boleh digunakan oleh pelanggan dengan penuh keyakinan setiap hari.”


Rangkaian mannings guardian telah memenangi Anugerah Transformasi Jenama Terbaik - Malaysia di Retail Asia Awards 2026, sekali gus membuktikan pengiktirafan pakar industri peruncitan terhadap gabungan kualiti, inovasi dan nilai yang ditawarkan kepada pengguna. Selain itu, produk Tisu Basah Cherry Blossom, Losyen Pelindung UV dan Tuala Muka Lembut turut menerima pengiktirafan di Monde Selection 2026 di Paris.


“Di guardian, kepercayaan adalah teras kepada segala yang kami lakukan. Produk yang kami bawa ke rumah pelanggan ialah produk yang kami sendiri yakin dan percaya. Dengan menggabungkan pemahaman guardian terhadap keperluan pengguna Malaysia serta kepakaran mannings dalam pembangunan produk, kami berjaya menghasilkan rangkaian yang menawarkan kualiti, inovasi dan nilai yang sentiasa diharapkan oleh pelanggan kami," kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Singapura dan Brunei.


Menyokong kesejahteraan seharian

Rangkaian mannings guardian dibangunkan dengan teliti bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia dalam setiap detik kehidupan – daripada rutin harian pada waktu pagi dan penjagaan seisi keluarga, hinggalah keperluan ketika mengembara dan kesejahteraan harian.

Lebih daripada sekadar memperluaskan penawaran produk guardian, pelancaran ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk menawarkan produk dan servis kesihatan, kesejahteraan dan penjagaan diri berkualiti yang juga mudah diakses oleh semua.

Inisiatif ini turut menyokong aspirasi guardian untuk menjadi Penasihat Kesejahteraan Dipercayai Malaysia, dengan memperkasakan pelanggan melalui produk yang diyakini serta nasihat pakar yang membantu mereka membuat pilihan yang lebih bijak demi kehidupan yang lebih sihat.


Rasai pengalaman di House of mannings guardian

Bagi meraikan pelancaran ini, guardian telah mengubah ruang di Sunway Pyramid menjadi House of mannings guardian – sebuah pengalaman interaktif yang diilhamkan daripada ruang-ruang dalam kehidupan seharian, di mana produk-produk ini menjadi sebahagian daripada rutin harian pengguna.

Pengunjung berpeluang meneroka rangkaian ini melalui zon-zon bertemakan gaya hidup, melihat bagaimana setiap produk melengkapi rutin harian, serta merasai sendiri kualiti yang menjadikan rangkaian mannings guardian pilihan yang diyakini.







“Kami percaya produk kegunaan harian wajar diberi perhatian yang sama terhadap aspek kualiti seperti mana-mana produk premium. Aspirasi kami adalah untuk menjadikan rangkaian mannings guardian sebagai jenama yang dipercayai oleh setiap kediaman di seluruh Malaysia, membantu keluarga menjalani setiap detik kehidupan dengan produk yang benar-benar diyakini,” tambah Anna.

Rangkaian mannings guardian kini boleh didapati di semua stor guardian di seluruh negara dan secara dalam talian. Untuk melihat seleksi penuh rangkaian jenama sendiri mannings guardian, layari laman web guardian Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA