BARISAN PENYANYI KPOP DEMON HUNTERS BAKAL TEMUI PEMINAT MALAYSIA SECARA LIVE!
Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila dipilih sebagai lokasi sulung bagi konsert berskala gergasi, Rolling Stone Music Live: With KPop Demon Hunters (Sub: Dreaming Day). Acara gilang-gemilang yang membawakan barisan bintang di sebalik fenomena animasi global ini bakal menggegar Stadium Merdeka pada Sabtu, 7 November 2026, jam 8.00 malam.
Sejak dilancarkan pada Jun 2025, KPop Demon Hunters mencatatkan sejarah sebagai tajuk asal paling popular di Netflix dengan lebih 600 juta tontonan, selain kekal dalam Global Top 10 selama 52 minggu berturut-turut. Trek runut bunyinya turut mencetuskan gelombang apabila meraih lebih 15 bilion strim dan meletakkan empat lagu serentak di carta Billboard Hot 100 Top 10.
Lagu hits utama mereka, "Golden" (nyanyian HUNTR/X dan EJAE) bukan sahaja menjuarai carta Billboard Hot 100 selama lapan minggu, malah melakar sejarah sebagai lagu K-pop pertama yang memenangi anugerah berprestij Grammy dan Oscar!
Dianjurkan bersama oleh Galaxy World Entertainment (GWE) dan GS World Entertainment, konsert ini bakal menampilkan persembahan bertenaga daripada EJAE, Andrew Choi dan Kevin Woo (suara di sebalik kumpulan Saja Boys melalui lagu "Soda Pop" & "Your Idol"), serta pelakon Arden Cho yang meminjamkan suaranya untuk watak Rumi.
MAKLUMAT TIKET & PENJUALAN EKSKLUSIF
Peminat berpeluang menjadi antara yang terawal mendapatkan tiket menerusi Penjualan Tiket Luar Talian (Offline) secara eksklusif sebelum jualan atas talian dibuka.
Tarikh Jualan Offline: Sabtu, 29 Ogos 2026 (Mula jam 12.00 tengah hari)
Lokasi: Aras 3, Pavilion Damansara Heights (Tiada jualan dalam talian pada hari ini)
Jualan Online: Bermula Ahad, 30 Ogos 2026
BUTIRAN KONSERT
Acara: Rolling Stone Music Live: With KPop Demon Hunters (Sub: Dreaming Day)
Tarikh: Sabtu, 7 November 2026 (8.00 Malam)
Lokasi: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Harga Tiket: Bermula dari RM288
Untuk maklumat lanjut dan kemaskini terkini, ikuti laman media sosial rasmi
Instagram: GWE Official
Facebook: GWE Official
GS World Entertainment
Instagram: GSW Entertainment
.jpg)
Comments
Post a Comment