RESORTS WORLD GENTING HIDUPKAN SUASANA HALLOWEEN DENGAN THE HAUNTED HIGHLANDS 2026
Resorts World Genting (RWG) bakal menghidupkan suasana Halloween dengan pengalaman yang lebih mendebarkan menerusi The Haunted Highlands 2026. Berlangsung dari 1 Oktober hingga 1 November 2026, festival ini menampilkan pelbagai tarikan untuk seisi keluarga, daripada pengalaman seram imersif dan pengembaraan penuh keseronokan hinggalah hiburan secara langsung, sajian istimewa bertemakan Halloween serta kejutan menyeramkan yang menanti di seluruh kawasan tanah tinggi.
Suasana Halloween bakal terasa di seluruh resort apabila dunia hantu yang penuh gelagat nakal dan barisan watak Halloween tampil menghiburkan pengunjung sepanjang festival ini. Antara kemuncak yang paling dinanti-nantikan ialah kolaborasi Spookadilly x Kisah Bawah Tanah, yang mempertemukan dua dunia seram dalam satu pengembaraan penuh keseronokan dan kejutan, sekali gus menawarkan pengalaman yang pastinya menarik perhatian peminat serta seisi keluarga.
Kenali Hantu-Hantu Spookadilly x Kisah Bawah Tanah
Kolaborasi istimewa ini menghimpunkan dua dunia seram dalam satu pengembaraan hantu yang penuh kejutan dan gelagat mencuit hati. Melangkah ke dunia Spookadilly x Kisah Bawah Tanah (SKBT) yang penuh kekecohan, apabila elemen seram bertemu humor dan sekumpulan watak nakal bersedia mencetuskan pelbagai huru-hara. Gabungan seram dan jenaka ini menjadikan pengalaman Halloween lebih santai, menghiburkan dan sesuai dinikmati bersama keluarga.
Dunia Spookadilly tampil lebih meriah menerusi kolaborasi bersama siri animasi popular Malaysia, Kisah Bawah Tanah, yang membawa dunia Bawah Tanah ke dalam kekacauan apabila Shrunken Head terjatuh melalui satu rekahan misteri. Pengunjung akan menjelajah lima zon unik sambil menyertai Bonediddy, Pocing, Zack, Sam dan The Mart Crew dalam misi untuk memulihkan keadaan. Dengan latar berwarna-warni, kejutan menyeramkan yang menghiburkan serta pelbagai perkara tidak dijangka sepanjang pengembaraan, SKBT menawarkan pengalaman Halloween yang lebih santai untuk dinikmati bersama keluarga dan pengunjung yang lebih muda. Tiket ditawarkan pada harga RM30 untuk satu pas.
Beranikah Anda Menjejakkan Kaki ke The Echo Asylum?
Bagi yang berani mencabar diri, The Echo Asylum di Pavilion Hall membawa pengunjung menyusuri sebuah hospital psikiatri terbiar yang menyimpan kisah eksperimen misteri. Setiap ruang menjanjikan suasana mendebarkan dan kejutan yang tidak dijangka, menjadikan pengalaman ini antara tarikan Halloween yang wajib dicuba bagi pencinta cabaran. Berlatarbelakangkan era 1950-an, pengalaman seram imersif ini membawa pengunjung menerokai tiga ruang penuh misteri, dengan setiap sudutnya membongkar sedikit demi sedikit kisah eksperimen terlarang, roh yang tidak tenteram serta seorang pakar bedah yang bertekad menewaskan kematian. Watak-watak seram, elemen interaktif dan kesan suasana yang mendebarkan menghidupkan setiap ruang di The Echo Asylum, membuatkan pengunjung terus tertanya-tanya tentang apa yang bakal muncul dari sebalik kegelapan. Echo Asylum Pass ditawarkan pada harga RM58 bagi tiket Early Bird dari sekarang hingga 29 September, manakala harga biasa ialah RM78.
Lengkapkan Pengembaraan Halloween Anda
Bagi rakyat Malaysia yang ingin menikmati pengalaman Halloween sepanjang hari, pakej Horror Adventure pada harga RM128 menggabungkan kedua-dua tarikan seram bersama Tiket 1 Hari Standard taman tema Genting SkyWorlds. Pakej Double the Fear pula ditawarkan pada harga RM70 semasa tempoh Early Bird dan RM90 pada harga biasa, termasuk kemasukan ke The Echo Asylum serta Spookadilly x Kisah Bawah Tanah. Tiket Early Bird boleh dibeli secara dalam talian menerusi iHoliday sehingga 29 September 2026, manakala tiket di lokasi tersedia mulai 1 Oktober 2026 di kiosk tiket terpilih di Taman Tema Genting SkyWorlds, Taman Tema Indoor Skytropolis dan Pavilion Hall.
Spookadilly Thrills or Treats
Kemeriahan seram diteruskan selepas matahari terbenam di taman tema Genting SkyWorlds menerusi Spookadilly Thrills or Treats yang berlangsung setiap malam Jumaat dan Sabtu dari 2 hingga 31 Oktober. Sebagai pengalaman taman tema Halloween pada waktu malam yang julung kali diadakan di taman tema ini, kemeriahan tersebut bakal menghidupkan sisi berbeza The Haunted Highlands selepas senja.
Meriahkan Halloween di Seluruh Highlands
Suasana Halloween bukan sahaja terasa di Pavilion Hall, malah turut meriah di sekitar resort dengan kemunculan watak-watak seram, makhluk nakal dan kejutan tidak dijangka sepanjang festival ini. Perarakan Halloween menampilkan barisan watak berwarna-warni diiringi muzik, tarian dan aksi menyeramkan dari SkyAvenue menuju ke Pavilion Hall. Pengunjung boleh menyaksikan perarakan pada hari bekerja pada 6.30 petang dan 7.30 petang, manakala pada hujung minggu bermula pada 7 petang. Di Pentas Skytropolis pula, suasana menjadi lebih mendebarkan menerusi Zombie Delights.
Perut Kenyang, Bulu Roma Meremang!
Keseronokan Halloween turut diserikan dengan sajian unik bertemakan Halloween di Pavilion Hall seperti BBQ Monster Meatball, Vampire Bloody Loaded Nachos, Halloween Pumpkin Soup, Devil’s Corn Dog dan Witch Hair Pasta Cheese Wheel. Pilihan minuman menyeramkan seperti Blood Bag juga tersedia, selain aiskrim, manisan dan kudapan. Pengunjung boleh membawa pulang figura Halloween Blind Box sebagai cenderahati pada harga RM40 setiap satu.
Muzik dan Tarian Gegarkan Malam Halloween
Kemeriahan Halloween diteruskan pada 31 Oktober dengan Halloween Live Experience Concert 2026 di Arena of Stars, menampilkan Nick Chou (NICKTHEREAL), DJ Blink, Wang Jackson dan Zen Ng. Tiket bermula daripada RM178 dengan diskaun Early Bird sebanyak 15 peratus bagi tiket VIP hingga PS2.
Sama ada ingin menguji keberanian, menikmati pengembaraan bersama keluarga atau sekadar menikmati hidangan dan suasana Halloween, The Haunted Highlands 2026 menawarkan pengalaman eksklusif selama sebulan penuh dengan debaran, keseronokan dan kejutan menyeramkan di puncak awan. Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com atau ikuti media sosial rasmi Resorts World Genting.
%20(1)%20(Custom).jpg)
Comments
Post a Comment