DARI DAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA KARNIVAL SAYA & MAGGI® MERAIKAN CITA RASA DAN SAAT YANG MENYATUKAN KITA
Makan lewat malam bersama rakan serumah, menikmati masakan keluarga atau menjamu selera dengan hidangan panas ketika hujan, ramai rakyat Malaysia mempunyai momen tersendiri bersama MAGGI®. Selalunya, insan yang menemani merekalah yang menjadikan momen itu lebih istimewa. Saat-saat seperti inilah yang menjadi inspirasi kepada Saya & MAGGI® Mesra Bersama, kempen seluruh negara yang meraikan saat sebenar rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang menerusi filem utamanya, sambil mengajak orang ramai berkongsi saat MAGGI® mereka sendiri melalui #SayaDanMAGGI.
Sejak beberapa generasi, rakyat Malaysia telah menjadikan MAGGI® sebahagian daripada kehidupan mereka. Karnival Saya & MAGGI® meraikan hubungan ini dengan mengajak rakyat Malaysia menikmati hidangan, mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan baharu bersama.
| Dari kiri ke kanan: Nabila Razali, Emily Lim, Chef Naem Ramli, Aedy Ashraf, Fiza Shabjahan, Ain Edruce dan Kamal Adli bersama Ms Ivy Tan Link Cheh (kelima dari kiri) serta Keluarga MAGGI |
Karnival Saya & MAGGI® menghimpunkan rakyat Malaysia di Raintree Plaza, The Exchange TRX dari 17 hingga 20 September 2026. Selama empat hari, pelbagai hidangan, aktiviti untuk keluarga dan komuniti serta persembahan muzik memeriahkan karnival dalam semangat Hari Malaysia. Sambutan bermula sehari lebih awal, pada 16 September, dengan acara pratonton bersempena ketibaan peserta Keretapi Sarong di lokasi karnival yang menjadi lokasi akhir mereka.
Sepanjang karnival, rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat turut memeriahkan suasana. Keluarga, petani tempatan, usahawan makanan dan rakan komuniti hadir bersama personaliti terkenal termasuk Chef Naem Ramli, Ain Edruce, Kamal Adli, Aedy Ashraf, Nabila Razali, Fiza Sabjahan dan Emily Lim. Persembahan DOLLA dan Ruffedge menghangatkan pentas, disusuli oleh Datuk Ziana Zain dan Misha Omar yang mengakhiri sambutan karnival dengan persembahan yang penuh istimewa.
Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, berkata, “Setiap rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri menikmati MAGGI®, dan setiap momen menjadi lebih bermakna dengan insan yang menjadi sebahagian daripadanya. Melalui Karnival Saya & MAGGI®, kami ingin meraikan saat-saat ini serta insan di sebaliknya, daripada keluarga yang berkongsi hidangan kegemaran hinggalah petani dan usahawan yang menyumbang kepada komuniti makanan tempatan.”
“MAGGI® berkembang bersama rakyat Malaysia dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan di rumah serta masakan keluarga merentasi generasi. Karnival ini memberi kami peluang untuk meraikan hubungan yang terjalin sekian lama, menikmati cita rasa kegemaran dan mencipta kenangan baharu bersama,” tambah beliau.
Sambutan untuk Semua, Bersama Rakyat Malaysia
Di ruang makanan Rasa-Rasa MAGGI®, usahawan makanan tempatan menyajikan pelbagai hidangan menggunakan produk MAGGI® berlandaskan empat tema. Pilihan Kegemaran Bersama MAGGI® menampilkan hidangan kegemaran ramai dengan sentuhan tersendiri setiap peniaga, manakala Kreasi Eksklusif Bersama MAGGI® mengetengahkan hidangan istimewa yang diolah khas untuk karnival ini.
Cita Rasa Negeri Bersama MAGGI® mengetengahkan cita rasa asli dari pelbagai negeri di Malaysia, manakala Kenali Potensi Diri: Program MAGGI® Wanita Cukup Berani memperkenalkan usahawan wanita yang berkongsi kisah dan keistimewaan masakan mereka.
Antara yang mengambil bahagian ialah Ida Faizura Binti Megat Muhaiyadin, lebih dikenali sebagai Jua daripada Jua’s Cook and Bake. Naib juara MAGGI® Wanita Cukup Berani Musim Ketiga ini turut memperkenalkan hidangan ciptaannya di ruang makanan tersebut.
Sokongan MAGGI® kepada wanita tidak terhenti di karnival. Melalui Kenali Potensi Diri: Program MAGGI® Wanita Cukup Berani, para wanita boleh mendaftar secara percuma untuk mengikuti empat modul latihan dalam talian yang merangkumi keyakinan diri, pendigitalan, pemakanan dan keusahawanan. Pengetahuan dan kemahiran ini boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian mahupun perniagaan.
Pengunjung turut berpeluang mengenali bahan-bahan dan insan di sebalik hidangan kegemaran mereka. Di Kari Kegemaran Malaysia, mereka menguji deria sambil mengenali 12 rempah ratus yang menghasilkan cita rasa MAGGI® Kari yang digemari rakyat Malaysia. Dari Ladang ke Hidangan Keluarga pula memperkenalkan hasil tanaman tempatan serta petani dan komuniti yang mengusahakannya.
Di Dapur MAGGI® Saya, pengunjung membawa pulang idea praktikal untuk menyediakan hidangan yang lazat dan seimbang di rumah. Sepanjang karnival, mereka juga berkongsi momen #SayaDanMAGGI masing-masing dan menebus barangan daripada koleksi eksklusif MAGGI®.
| Dolla |
Menemani Rakyat Malaysia Sejak 1969
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1969, MAGGI® telah menjadi sebahagian daripada resipi keluarga dan masakan harian, di samping bekerjasama rapat dengan petani serta komuniti tempatan. Pelbagai produk dan idea penyediaan hidangannya membantu rakyat Malaysia meneruskan tradisi masakan sambil memenuhi keperluan semasa — daripada kemudahan memasak dan cita rasa yang digemari hinggalah kaedah penyediaan moden.
Selama lebih lima dekad, MAGGI® terus menggalakkan penyediaan hidangan yang lazat dan seimbang serta menyokong komuniti melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran praktikal. Setelah lebih lima dekad, hubungan ini terus terjalin di dapur seluruh negara, tempat rakyat Malaysia memasak, berkongsi dan menikmati hidangan bersama MAGGI®.
Ikuti MAGGI® Malaysia di media sosial dan teruskan berkongsi kisah anda melalui #SayaDanMAGGI. Untuk maklumat lanjut, layari www.maggi.my.
Comments
Post a Comment