AFGAN TAWAN PWTC DENGAN SISI BERBEZA


Bintang sensasi Indonesia, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai AFGAN sememangnya popular dengan dendangan lagu-lagu balada yang penuh emosi.

Tetapi untuk konsert AFGAN “SIDES” Live in Malaysia 2016, penyanyi ini membawakan lebih daripada lagu-lagu cinta berirama perlahan, justeru mempersembahan sisinya yang lincah dan bertenaga.


Konsert yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 3 September dimulakan dengan dendangan akapela “Bukan Cinta Biasa” sebelum Afgan melancarkan dirinya ke zon rancak dengan lagu “Pesan Cinta” dan lagu baru dari album Sides yang betajuk “Rollercoaster”.


Lebih 3,000 penonton yang hadir menyaksikan “sisi” Afgan yang terbaru yang tidak kekok dalam menguasai pentas dengan tarian dan irama rancak sambil diiringi oleh live band. Walaupun Afgan berpegang teguh pada nuansa R & B namun beliau tetap menggabungkan unsur-unsur blues, elektronik dan orkestra, di mana beliau dapat menghasilkan lebih banyak lagu cinta sekali gus menyerlahkan sisi berbeza dirinya.


Setelah sekian lama membawakan lagu-lagu gubahan orang lain, album Sides menampilkan lagu-lagu ciptaan Afgan sendiri. Lagu ciptaannnya, Kunci Hati dipertaruhkan sebagai single pertama. Penonton-penonton di Dewan Merdeka di-knock-out dengan lantunan vokal mantap dalam lagu-lagu baru mahupun lama oleh Afgan. Antara lagu-lagu balada yang mendapat perhatian ramai dari album baru Sides adalah Aku Dengannya Kau Dengan Dia dan Jalan Terus.


Afgan memberi tribute kepada idolanya Sheila Majid yang turut hadir ke konsert Sides dengan mendendangkan lagi Selamanya. Menurut Afgan, beliau tidak pernah ketinggalan untuk menyanyikan lagu-lagu Sheila Majid dalam konsert-konsertnya di Malaysia. Persembahan medley tribute artis Malaysia diteruskan dengan lagu Yuna, Crush.


Konsert dirancakkan semula selepas sesi balada dan akustika dengan gandingan panas Afgan dengan rapper Malaysia, SonaOne dengan lagu “X”. Lagu ini juga ditampilkan di dalam labum Sides. Seterusnya Afgan mempamerkan lagi sisi lincahnya dengan saduran lagu hits – This Is What You Came For (Rihanna) dan Can’t Stop The Feeling (Justin Timberlake). Persembahan konsert kira-kira dua jam ditamatkan dengan dua lagu “encore” iaitu “Panah Asmara” dan “Bukan Cinta Biasa”.


Setlist
1. Bukan cinta biasa (ACCAPELLA)
2. Pesan cinta
3. Rollercoaster
4. Katakan tidak
5. Betapa aku cinta pada mu
6. Tak peduli
7. MEDLEY 3 Sides – (Count on me/Thinking About You/ Brand new day)
8. Dia Dia Dia
9. Bawalah cintaku
10. Kunci hat!
11. Aku dengannya kau dan dia
12. Knock me out
13. MEDLEY (Sheila / Yuna) (Selamanya / Crush)
14. MEDLEY Guitar – (Setia Menunggu/Terima Kasih Cinta/Entah
15. Jalan terus
16. Hakeleh – SonaOne
17. X ( Afgan ft SonaOne )
18. MEDLEY (This is where you came for /can’t stop the feeling)
19. Percayala ( ft backing vocal)
20. Jodoh pasti bertemu
21. Panah asmarah + Bukan cinta biasa

Konsert ini dianjurkan oleh Dazzling Lifestyle dan dipersembahkan oleh Obermain, Trinity Optima Production sebagai Syarikat Pengurusan Artis; SRC sebagai Label Rekod; Sinar FM sebagai Stesen Radio Rasmi; Red Box dan Green Box sebagai Rakan Kongsi Promosi; TicketCharge sebagai Ejen Tiket dan Sega Irama sebagai Sokongan Teknikal.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, sila layari Dazzling Lifestyle di https://www.facebook.com/DazzlingLifestyle.my atau dazzling_lifestyle (https://www.instagram.com/dazzling_lifestyle) di Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING