10 SEBAB UNTUK JATUH CINTA DENGAN RW KIJAL
Tanpa mengira untuk tujuan kerja atau percutian, Resort World Kijal memang satu-satunya destinasi yang lengkap untuk anda di Pantai Timur.
Jom kita baca apakah istimewanya Resorta World Kijal yang menjadikan ia sebuah pusat peranginan yang unggul di negara kita.
1. Taraf 5 Bintang
Ingin dekat dengan alam semulajadi tanpa meninggalkan keselesaan moden? Resort World Kijal menawarkan penginapan dan kemudahan bertaraf antarabangsa. Ia tidak jauh dari Kuala Lumpur, cuma tiga jam melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
2. Bilik Yang Sempurna
Terdapat 340 bilik dalam pelbagai kategori menanti para tetam, iaitu Bilik Deluxe (pemandangan taman), Premier (pemandangan laut), Suite Deluxe dan Suite Premier yang boleh diubah menjadi duplex atau digunakan berasingan.
Suite Anjung dan Putra digubah dengan mewah, lengkap dengan taman dan jacuzzi persendirian. Sesuai untuk kegunaan keluarga atau untuk bulan madu!
Bilik-bilik dilengkapi dengan 12 saluran TV, minibar, kemudahan membuat kopi dan teh, peti keselamatan, kemudahan dobi ekspres dan sebagainya.
3. Pantai Yang Indah
Biru, segar dan bersih. Pantai pasir halus sepanjang lebih 7km ini terhampar indah menghadap Laut China Selatan.
Sejuk pandangan mata walaupun di bawah sinaran mentari Tropika yang membahang. Bukan sahaja ia disukai manusia tetapi juga penyu, yang menjadikannya sebagai tempat bertelur. Sila lihat point 6.
Pelbagai aktiviti sukan air yang menyeronokkan seperti bot pisang, jetski dan sebagainya boleh didapati di tepi pantai.
4. Kolam Renang Yang Luas
Berehat sebentar dari lambungan ombak dengan bersantai di kolam renang yang luas. Lengkap dengan kolam kanak-kanak, ia sesuai untuk percutian keluarga yang tidak mudah dilupakan.
5. Golf Tepian Pantai
Pakej Golf Hujung Minggu yang ditawarkan oleh Resorts World Kijal yang berharga RM276 (RM138 seorang) amatlah berbaloi! Pakej ini termasuk penginapan satu malam di bilik Deluxe (dengan hiasan dalam yang unik) dan satu pusingan permainan di lapangan golf 18-lubang.
6. Selamatkan Penyu
Pakej Melihat Penyu yang ditawarkan oleh Resorts World Kijal adalah satu pengalaman sangat unik dan mengujakan.
Bukan sahaja para tetamu dapat melihat anak-anak penyu secara dekat, malah berpeluang untuk melepaskan mereka ke laut. Program konservasi penyu yang dilaksanakan di pantai Kijal memastikan penyu terus mendarat dan bertelur di pantai tersebut.
Telur-telur penyu yang diambil dari sarang di pantai dieram semula di tapak konservasi yang selamat daripada ancaman pemangsa dan kecurian. Di tapak konservasi ini, para tetamu boleh belajar tentang proses menjaga populasi penyu-penyu yang penting di dalam ekosistem hidupan laut.
Resorts World Kijal adalah satu-satunya hotel yang menawarkan program seumpama itu di negara ini. Jadi, tunggu apa lagi?
7. Spa Untuk Manjakan Diri
Taman Sari Royal Heritage Spa menawarkan pelbagai pakej spa dan urutan termasuk urutan Jawa dan Bali. Manjakan diri anda di dalam suasana yang tenang dengan lulur badan, body wrap, penjagaan payudara, rawatan muka, rawatan rambut, manicure dan pedicure.
Pakej istimewa, “The Ancient Healing Eperience” menawarkan pengalaman spa selama dua jam dengan harga serendah RM275, urutan Jawa satu jam dengan harga RM132 dan rawatan muka “deep cleansing” selama satu jan yang berharga RM110.
8. Makanan Yang Sedap-sedap
Anda suka makan? Buka selera anda dengan pelbagai juadah lazat dari empat tempat makan di Resorts World Kijal.
Restoran Kampong menawarkan beraneka masakan kegemaran tempatan secara buffet. Bagi yang sukakan masakan Barat atau fusion, Oasis Beach Bistro menawarkan pengalaman santapan di tepian pantai dengan BBQ serta persembahan live.
Kafe Waterfall pula menyajikan menu beraneka termasuk pizza buatan tangan. Hainan Express berkonsepkan kopitiam menawarkan hidangan Hainan dan tempatan seperti Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Ayam dan sebagainya.
9. Aktiviti Santai Yang Mengujakan
Isikan masa lapang anda di Resorts World Kijal dengan pelbagai memudahan yang ditawarkan. Antaranya aktiviti basikal, ATV, sukan air, catur gergasi, polo air, bola tampar, tenis, memanah dan sebagainya. Pusat peranginan ini juga dilengkapi gimnasium untuk mereka yang bersenam.
Anda juga boleh melawati tarikan pelancong yang tidak jauh seperti kampung nelayan dan pusat kraf batik Noor Arfa. Bandar Kuala Terengganu terletak kira-kira dua jam perjalanan Resorts World Kijal juga menjadi tarikan.
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Terenganu adalah Pasar Payang, Masjid Kristal, Masjid Terapung, perkampunagn Cina, Pantai Batu Burok dan sebagainya.
10. Promosi Hebat
Sehingga 31 Disember ini, Resorts World Kijal menawarkan tiga pakej percutian yang pasti mengujakan – Promosi Hujung Minggu Kijal, Pakej Golf Hujung Minggu Kijal dan Pakej Melihat Penyu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.rwkijal.com/
Comments
Post a Comment