TUT’S EGYPTIAN EATERY CITARASA MESIR PERTAMA DI MALAYSIA


Di Mesir, segala-galanya tampak hebat dan menakjubkan; piramidnya yang tinggi menjulang ke langit, kuil-kuil lama yang tersergam megah, tempat membeli-belah yang bersejarah, budaya serta warisannya yang sentiasa memikat hati pengunjung.

Namun Mesir tidak hanya dikenali kerana kekayaan sejarahnya semata-mata. Makanannya yang enak, dengan resipi yang diwarisi sejak berkurun lama, yang masih lagi dihidangkan oleh para ibu di Mesir untuk keluarga mereka dan dijual oleh penjaja makanan memberikan suatu rasa, tekstur, aroma dan perisa yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Kini buat pertama kalinya, rakyat Malaysia juga boleh menikmati citarasa hebat Mesir apabila Tut’s Egyptian Eatery memulakan perniagaannya di 1 Utama Shopping Centre, Kuala Lumpur.

Restoran kasual ini yang terletak di LG New Wing 1 Utama menawarkan pelbagai jenis hidangan asli Mesir seperti Koshari, Molokiah, Hawaoshi, Oven Baked Chicken dan banyak lagi serta pelbagai jenis hidangan pencuci mulut serta minuman yang menyegarkan.

“Mesir sememangnya terkenal dengan warisan dan sejarah purbanya. Sejarah asal-usul masakan Mesir masih lagi terpelihara hingga ke hari ini. Bagi memastikan rasanya kekal sama, setiap hidangan asli Mesir kami disediakan oleh chef yang berasal dari Mesir. Sekiranya anda berpeluang melawat ke Mesir, apa yang anda nikmati di Tut’s, rasanya pasti sama dengan masakan yang dihidangkan di Mesir. Setiap hidangan menggambarkan komitmen kami dalam membawakan citarasa sebenar Mesir di Malaysia!” kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Tut’s, Mohamed Zein.

Tut’s mendapat namanya daripada Raja Tut Ankh Amoun yang terkenal. Restoran yang bertemakan zaman kegemilangan Firaun turut dilengkapi dengan hiasan dalaman yang moden serta pemilihan warna yang terang bagi mewujudkan suasana yang selesa serta memikat, sesuai untuk ahli keluarga atau rakan-rakan untuk makan bersama-sama.



Zein menambah, “Kami juga berazam untuk mencipta sebuah masa depan yang baru bagi penggemar makanan Mesir di Malaysia. Jika di Mesir, masakan kami merupakan masakan yang dinikmati setiap hari kerana di sana kerana ia mudah didapati, berpatutan dan memuaskan. Kami berharap agar masakan Mesir akan menjadi pilihan rakyat Malaysia setiap masa, apabila mereka keluar untuk mencari makanan yang lazat dan berbaloi dengan harga. Oleh itu, kami berharap agar dapat mengembangkan lagi cawangan restoran Tut’s di lokasi-lokasi utama di Lembah Klang tidak lama lagi.”

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Tut’s baru-baru ini terhadap responden yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, kebanyakan daripada mereka menyangka makanan Mesir sama dengan makanan Arab. Walau bagaimanapun, selepas mereka merasai hidangan yang disediakan oleh Tut’s, responden menyedari bahawa masakan Mesir bukanlah seperti yang mereka sangka atau pernah dirasai mereka sebelum ini. Malah mereka mula menyedari bahawa makanan Mesir sebenarnya sedap dan sesuai dengan citarasa mereka.

Di Tut’s, menunya tidak merentasi hidangan dari Timur Tengah, Afrika atau Mediterranean bagi memberikan para pengunjung rasai Mesir yang sebenar.

“Kami mahu memastikan bahawa pelanggan kami dapat menikmati rasa sebenar Mesir dan masakan terbaik yang digemari sejak turun temurun. Pada masa yang sama, harga makanan kami juga adalah berpatutan bagi memastikan pelanggan kami sentiasa gembira.” kata Zein.

Pada majlis pelancaran tersebut, para wakil media turut berpeluang menikmati hidangan enak yang diperkenalkan oleh chef selebriti antarabangsa, Chef Anis Nabilah melalui sesi penjelasan makanan yang dikendalikan oleh beliau. Hidangan yang diperkenalkan memaparkan beberapa jenis hidangan utama, pencuci mulut yang menampilkan ciri-ciri unik terdapat dalam hidangan berkenaan.



Zein menambah, “Masakan Mesir terkenal kerana campuran ramuan dan rempah ratusnya yang unik. Chef kami didatangkan khas daripada Mesir supaya kami dapat memberikan keaslian masakan yang sebenar. Begitu juga dengan ramuan utama kami yang unik, semuanya dibawa daripada Mesir. Ini membolehkan chef kami menghidangkan pengalaman makanan Mesir yang terbaik kerana disebalik setiap hidangan masakan Mesir terdapat kisah yang menarik. Kesemua hidangan kami disediakan secara khusus menggunakan teknik masakan yang berinovasi dan tak lapuk dek zaman. Kami sangat berbangga dalam penyediaan masakan kami sejak turun-temurun.”

Hidangan asli Tut’s yang terkenal termasuklah Koshari, Molokiah, Hawaoshi (daging lembut yang dimasak dengan rempah ratus istimewa dalam lipatan roti bakar), Crispy Cleopatra Chicken (ayam goreng dengan pelbagai rempah ratus), Egyptian Lentil Soup (lentil pelbagai perisa, lobak merah, tomato dan herba istimewa) dan banyak lagi.

Bagi memenuhi keinginan anda terhadap manisan, Tut’s turut menawarkan hidangan pemanis mulut istimewa mereka seperti Om Ali Bread Pudding (puding panas yang lembut dan bersusu), dan Sobya Mousse (kismis dan serbuk kayu manis dengan kelapa). Pelanggan boleh memilih menu ala-carte atau hidangan kombo untuk menikmati pelbagai jenis hidangan.

Tut’s terletak di LG333A, (bersebelahan dengan LG Rainforest, berhadapan dengan Oval Concourse) dan dibuka setiap hari daripada pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut serta terkini mengenai promosi, sila kunjungi https://www.facebook.com/tutsmy/ atau hubungi kami di 03-7688 4597.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA