SEPUTAR SIDANG MEDIA FILEM “BABY DRIVER”



Hari yang dinanti-nantikan telah tiba! Pagi ini berlangsunglah sidang media filem Baby Driver bersama pengarah/ penulis skrip, Edgar Wright dan dua pelakon utama, Ansel Elgort (Baby) dan Lily James (Debora) di Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Apa yang unik tentang filem ini adalah penggunaan lagu-lagu sebagai teras dalam pembikinan filem ini. Setiap babak filem setiap aksi pelakonnya dipadankan mengikut rentak dan irama lagu-lagu. Ia agak sama dengan muzikal tetapi pelakon-pelakonnya tidaklah menyanyikan lagu-lagu atau menari.

Filem Baby Driver mengisahkan seorang pemuda bernama Baby yang mempunyai kebolehan memandu yang luarbiasa dipaksa untuk bekerja dengan seorang ketua penjenayah. Dia kemudian mendapati dirinya telah terlibat dalam satu siri rompakan yang mengancam hidup, cinta dan kebebasannya.

Kepada para peminat Ansel Elgort, Lily James dan Edgar Wright, jangan lupa datang beramai-ramai ke majlis permaidani merah dan gala di Pavilion Kuala Lumpur petang ini.















Untuk maklumat lanjut, sila ikuti update terkini di https://www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia/

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

DAPATKAN TAWARAN RM6, KOLEKSI EKSKLUSIF OREO & BTS DAN POP MART DI SHOPEE 6.6