ULASAN: FILEM “THE KID FROM THE BIG APPLE 2: BEFORE WE FORGET”
Chung Gen (Tommy Tam), berpindah ke rumah baru melakukan persiapan untuk kepulangan anaknya Sophia (Debbie Goh) dan cucunya Sarah (Tan Qin Lin). Chungen mula sedari perkara aneh yang berlaku pada dirinya yang semakin hilang memori penting dan meminta Jia Bao (Jason Tan) menyimpan rahsia ini dari keluarganya. Mampukah keluarga ini bertahan dengan perubahan diri Chungen?
Soalan Sophia bertanya pada dirinya dalam satu babak: “Adakah perubahan yang diminta telah memburukkan keadaan?” sebenarnya soalan ini tujukan kepada pengarah yang sangat berani mengambil risiko perubahan.
Berbeza dengan filem pertama, ‘TKFTBA: Before We Forget’ membawa perubahan besar kerana lebih menekan penceritaan yang sangat serius. Bila keadaan demensia Chun Gen semakin teruk, filem ini seolah berubah menjadi gelap tanpa harapan.
Ditambah pula dengan sub plot karakter Hao Nan (Shaun Tam), filem semakin fokus terhadap Sophia dan sepatutnya tajuk ‘Kid’ diubah menjadi ‘The Lady from the Big Apple’.
Perkara paling membimbangkan filem kali ini apabila mendapat tahu Jessica Hester Hsuan tidak akan kembali memegang watak Sophia.
Walaupun Debbie Goh mempunyai pengalaman dalam siri TV ‘Age Of Glory’ (2008), ‘The Descendant’ (2010) dan ‘Bullets Over Petaling Street’ (2014), watak Sophia agak besar dan berat kerana dia merupakan jambatan sambungan antara 3 generasi.
Debbie berjaya membuktikan kehebatannya apabila berhadapan dengan Tommy Tam dalam babak yang tertekan dan memerlukan emosi, sifat penyayang berhadapan Tan Qin Lin tetapi berubah menjadi pemarah dan tegas bila berhadapan dengan Shaun Tam.
Pengarah dan penulis, Jess Teong masih berjaya mengekalkan elemen kekuatan kekeluargaan seperti filem pertama. Jika filem pertama adalah struggle untuk menyatukan keluarga, kali ini bagaimana keluarga perlu menghadapi cabaran yang boleh menghancurkan usaha terdahulu.
Jess bijak merakam babak pencetus emosi walaupun tiada dialog yang pernah kita lihat dalam filem-filem Yasmin Ahmad.
Babak Chun Gen terlupa langkah Wushu dan Sarah datang menunjuk langkah sambungan sudah cukup meruntun perasaan dari memori filem pertama.
‘TKFTBA: Before We Forget’ akan tetap menghiburkan peminat-peminat filem pertama walaupun ada terlampau banyak lagu sehingga kadang-kadang anda keliru menonton filem atau muzik video.
Kekuatan filem adalah peringatan supaya menghargai keluarga anda sebelum terlambat dan mesej ini amat penting dalam keadaan sekarang yang mementingkan kerjaya sebelum keluarga.
Inilah yang mebuatkan filem ini tidak mudah dilupakan.
Oleh: Ezli Qamari
THE KID
Tontoni “The Kid From The Big Apple 2: Before We Forget” bersama keluarga kesayangan anda sebelum semua memori indah sebelumnya terpadam, di pawagam berhampiran anda mulai 16 November 2017.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/gscmovies atau www.gscmovies.com.my atau www.threeproduction.net
Comments
Post a Comment