BUFET RAMADAN: PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR

Aneka hidangan kuih-muih tradisional

Aneka hidangan berbuka puasa Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) untuk syarikat korporat dan orang ramai kembali lagi tahun ini, menjanjikan pengalaman menikmati makanan kegemaran dari seluruh Malaysia!

Ayam panggang sambal limau kasturi

Menu Ramadan tahun ini membawakan aneka sajian tradisional kegemaran ramai dari pelbagai negeri, antaranya termasuk masakan terkenal seperti sup urat kaki dan tetel (Perlis), nasi dagang tulang rusuk kerutup bakar (Terengganu), udang goreng keriuk-keriuk minyak (Kelantan) dan ayam olek-olek bumbu cekur (Sabah).

Ulam-ulaman

Menurut Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Bin Jaafar, “Untuk benar-benar mencerminkan perjalanan nostalgia ke seluruh Malaysia dalam tawaran berbuka puasa Ramadan tahun ini, pasukan kulinari kami yang kreatif telah merantau ke semua pelusuk negara untuk mencari 11 masakan asli kampung yang betul-betul dapat mewakili negeri-negeri Malaysia.”

Fish fillet “Nyonya” style with kangkung and tamarind sauce

Untuk menjelaskan lebih lanjut tentang kenyataan Chef Hisham, Pengurus Besar Pusat Konvensyen, Alan Pryor, berkata, “Dengan matlamat untuk memberikan kesenangan, keselesaan dan kelazatan, bufet Ramadan kami yang pasti membuka selera telah disesuaikan oleh pasukan kulinari kami seramai 52 orang yang memenangi banyak anugerah, bagi membolehkan pelanggan merantau dari Timur ke Barat, Utara ke Selatan, untuk menikmati sajian berbuka puasa tradisional berbilang budaya yang dihidangkan di tengah-tengah Kuala Lumpur City Centre (KLCC).”

Nasi dagang tulang rusuk kerutup bakar

Pusat Konvensyen juga menyediakan bilik solat khas, sejadah, selipar, tempat berwuduk dan seorang Imam untuk mengetuai umat Islam menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih, membolehkan mereka menunaikan kewajipan mereka sebelum atau selepas berbuka puasa.

Red curry seafood noodles with condiments

Oleh sebab kesemua dapur masakan Cina, Barat, Sejuk, Pastri dan Melayu mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, umat Islam boleh menikmati makanan mereka tanpa waswas dengan tenang.

Udang goreng keriuk-keriuk minyak

Pryor menjelaskan selanjutnya, “Semua kemudahan untuk orang ramai ini bermakna kami boleh memberikan pengalaman berbuka puasa yang unik dan serba lengkap pada bulan Ramadan di salah satu lokasi ikon paling menarik di Kuala Lumpur.”

Sup urat kaki dan tetel

Dengan jaminan kualiti dan keaslian sajian makanan, pelanggan akan mendapat layanan bertaraf dunia dan makanan bertaraf 5 bintang apabila berbuka puasa di Pusat Konvensyen, yang mengenakan harga berpatutan RM145 bersih seorang dan boleh didapati untuk tempahan antara 23 Mei dan 5 Jun 2018.

Rendang pucuk ubi bersama isi kupang

“Terdapat juga tawaran nilai hebat promosi majlis berbuka puasa korporat untuk 100 orang atau lebih, yang disediakan setiap hari sepanjang Ramadan, daripada harga RM125 bersih seorang. Dengan dua pilihan menu khas – Ramadan Al-Mubarak dan Ramadan Al-Kareem – pelanggan mendapat pilihan untuk menyesuaikan menu dengan pelbagai makanan tambahan dari ‘Chef Action Station’,” kata Pryor.

Ayam olek-olek bumbu cekur

Chef Hisham menjelaskan selanjutnya tentang menu, “Selain sajian bufet yang disediakan, orang ramai boleh menikmati makanan kegemaran tempatan dari ‘Chef Action Stations’, yang disediakan atas permintaan, seperti kuetiau goreng ala Pulau Pinang dan nasi ayam Hainan. Pelanggan juga boleh menikmati sate ayam dan daging, bubur lambuk dan semua sajian makanan istimewa untuk Hari Raya, termasuk rendang tok lengkap dengan nasi impit, ketupat dan lemang.”

Daging bercili asam daun kunyit

Selain pelbagai sajian kegemaran dan tradisional, menu berbuka puasa korporat dan orang ramai menawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk pelanggan yang mencari kelainan. Sajian istimewa untuk mereka termasuk pita kebab Arab daging cincang, teriyaki Jepun, ikan panggag Tikka, makanan laut BBQ gaya Thai dan kambing panggang Harissa Pusat Konvensyen yang terkenal dihidangkan dengan sos dan rempah perasa.

Mee hoon goreng kampung

“Berbuka puasa di bulan Ramadan tidak lengkap tanpa stesen ‘Goreng-gorengan’, yang menyediakan pisang, cempedak, keladi dan sukun goreng, keropok lekor dan kudapan goreng yang lain. Mereka yang gemarkan manisan boleh menikmati Ais Batu Campur (ABC) dihidangkan dengan pelbagai tambahan dan aiskrim, bandung crèmeux, agar-agar cendol, bubur jagung manis, tapai pulut, kuih-muih tempatan, buah-buahan segar dan banyak lagi,” jelas Chef Hisham.

Nasi nenas buah badam

Memandangkan tempat duduk terhad untuk orang ramai dan tempahan diperlukan untuk jamuan berbuka puasa korporat, sila hubungi +603 2333 2888 atau e-mel info@klccconventioncentre.com.

Untuk berita dan maklumat terkini tentang Pusat Konvensyen, sila layari www.klccconventioncentre.com.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING