5 FAKTOR PERCUTIAN LEBIH HEBAT BERSAMA SAHABAT
Bagi meraikan Hari
Persahabatan Sedunia pada 30 Julai, Agoda, salah satu
platform tempahan perjalanan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang,
berkongsi lima sebab mengapa anda patut menghimpunkan kawan-kawan dan menempah
kembara percutian seterusnya bersama-sama:
1. Kawan anda tahu
sudut terbaik (dan terburuk) anda
Sekiranya anda memburu gambar Instagram terhebat, siapa
yang lebih baik untuk merakam aksi terbaik anda selain rakan anda? The London
Edition menyediakan latar belakang penggambaran yang hebat,
dengan adunan reka bentuk moden dan seni bina klasik Eropah. Terletak di pinggir Soho di kota London yang kaya dengan kesenian, hotel mewah ini berada dalam lingkungan berjalan kaki dari
galeri-galeri dan restoran trendy. Di sana, anda akan menemui banyak inspirasi
untuk mengambil gambar percutian anda.
Lokasi lain yang sesuai untuk dimasukkan dalam Instagram
anda termasuk Bambu Indah Hotel yang bertema Bali, iaitu oasis hijau yang mengandungi
pemandangan sawah padi Bali dan Sungai Ayung, serta The Rucksack Caratel, hotel butik bertema Melaka yang menjadi rahsia kawasan
perlindungan kehijauan di tengah-tengah kota.
Daripada keanehan sehingga menakjubkan, mencuba makanan
baharu bersama kawan-kawan adalah sebahagian besar daripada pengembaraan
perjalanan. Mereka yang berani menguji deria rasa harus tahu bahawa bulan April
sehingga bulan Ogos adalah kemuncak musim durian di Malaysia. Durian terbaik
boleh didapati pada bulan ini. Salah satu makanan paling menimbulkan kontroversi
di dunia, rasa durian sama ada akan mencetuskan keseronokan atau kejelekan – ingin
mengetahui sisi mana anda akan berada?
Sudah semestinya kediaman Agoda Vortex KLCC yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan berhampiran dengan semua kedai, restoran dan gerai menjual durian!
Sudah semestinya kediaman Agoda Vortex KLCC yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan berhampiran dengan semua kedai, restoran dan gerai menjual durian!
Penggemar makanan juga harus melancong ke Osaka untuk
mencuba pelbagai pilihan makanan di Dotonbori Street termasuk fugu, ikan buntal yang enak dan terkenal
kerana racun berbisa yang ada pada organnya. Jangan bimbang, chef-chef di Jepun
dikehendaki menjalani latihan selama beberapa tahun sebelum dibenarkan
menghidangkan juadah ini! Hanya beberapa meter sahaja terdapat Dormy Inn, sebuah
butik hotel minimalis dengan onsen (kolam mandi air panas).
Juadah Filpina, balut, iaitu telur embrio itik, tentunya bukan untuk seseorang yang penakut! Untuk mendapatkan balut yang terbaik di negara itu adalah di Pateros, satu kawasan kejiranan di Metro Manila. Tidak jauh dari situ ialah Seda Bonifacio Global City, berhampiran dengan pusat beli-belah popular Bonifacio High Street dan Serendra, Market.
3.
Kawan dapat membantu anda kekal bermotivasi apabila anda ingin
bersukan
Sebagai pesaing atau lawan, kawan-kawan akan sentiasa membantu
anda untuk lebih bersungguh-sungguh. Kunjungi ibu kota luncur air Filipina di
Siargao, yang terkenal di dunia dengan ombak Cloud 9 dan lihat siapa yang boleh
melakukan `hang ten’ paling lama. Kediaman bergaya Soultribe
Beach Retreat menawarkan cabana tepian pantai yang membolehkan anda
menikmati ombak laut terus dari katil!
Sungai May Taeng di Chiang Mai adalah lokasi yang mesti
dikunjungi di Thailand untuk aktiviti rakit air jeram. Keringkan diri di 9.5 Hotel, yang
cukup dekat dengan kesemua tempat aksi sungai tersebut.
Denai pergunungan Luang Prabang adalah lokasi terbaik untuk
diteroka menggunakan basikal, dan anda boleh memilih kayuhan lebih mudah di
sepanjang Sungai Mekong. My Dream
Boutique Resort adalah lokasi begitu indah di Sungai Mekong untuk anda
nikmati.
4.
Apa? Anda jimat duit apabila mengembara bersama kawan-kawan?
Ya betul, dari perkongsian kos perbelanjaan bilik
sehingga sewaan teksi, mengembara dengan kawan-kawan bermakna anda dapat
mengekalkan bajet anda tanpa mengenepikan sebarang kemewahan. Apatah lagi, apabila
anda berada dalam kumpulan yang besar, tidak wujud alasan untuk berbelanja lebih
untuk menikmati hotel persendirian.
Kediaman Agoda Aquila Nova Retreat yang terletak di pinggir Melbourne membolehkan anda untuk menikmati percutian damai di tengah-tengah Taman Negara Dandenong Ranges.
Kediaman Agoda Aquila Nova Retreat yang terletak di pinggir Melbourne membolehkan anda untuk menikmati percutian damai di tengah-tengah Taman Negara Dandenong Ranges.
Tinjau kediaman Agoda hebat yang lain untuk bercuti secara berkumpulan seperti Private Pool Villa by CHATTA di Phuket atau kediaman luas Teega Residence di Johor Bahru.
5.
Kawan boleh mendorong anda
mencapai tahap baharu
Ada yang mengatakan rakan sejati akan rela melakukan apa
sahaja untuk anda, malah untuk melompat keluar dari pesawat – jadi jika anda
sedemikian, pergilah ke Dubai yang menawarkan terjunan udara sepanjang tahun.
Hotel mewah Steigenberger
Hotel Business Bay di pusat
kota Dubai menawarkan persekitaran damai yang pasti membantu menenangkan rasa
kegusaran sebelum terjun.
Bagi anda yang gemarkan pengembaraan tetapi cuak kepada ketinggian, anda tidak semestinya terlepas daripada keseronokan itu. Anda boleh mencuba Singapore iFly, untuk menikmati keterujaan jatuh menjunam sebenar, tetapi bukan dari langit. Tidak jauh dari situ ialah Le Meridien, hotel moden 5 bintang yang dekat dengan semua tarikan utama Singapura.
Jika tidak mahu ke tempat tinggi seumpamanya, anda masih
boleh menikmati zon selesa. Cubalah melompat dari tebing Ba Ho pula. Hanya 45
minit ke utara Nha Trang, anda akan menemui beberapa kolam air terjun yang
memiliki pelbagai ketinggian. Mereka yang benar-benar berani boleh memilih
untuk terjun dari ketinggian 12 meter. Jika bermalam di Nha Trang, anda boleh
menikmati pemandangan laut di Nha Trang
Beach Apartments.
Nha Trang Beach Apartments |
Comments
Post a Comment