ASIA COMIC CON 2018 RAIKAN BUDAYA POP


 Acara yang paling dinantikan peminat, Asia Comic Con (ACC) 2018 membuka tirainya hari ini. Dirasmikan oleh Pengasas Serantau, Krit Vitayasamrit dan Penganjur dan Rakan Kerjasama di Malaysia, Tan Mong Chon, Michael Zchang dan Vincent Low daripada Hub Advertising, acara ini turut disertai oleh artis selebriti Jepun mao dan NoB.



Mempunyai jumlah pengikut yang besar dari serata dunia, acara yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini (13 - 15 Julai) di Sunway Pyramid Convention Centre merupakan acara budaya pop terbesar tahun ini. Sehingga kini, ribuan tiket telah habis terjual, termasuklah tiket VIP.

Namun peminat masih berpeluang mendapatkan pas 3 hari dengan harga RM50 atau pas satu hari dengan harga RM30. Tiket boleh didapatkan secara dalam talian dan di kaunter-kaunter tiket berdekatan. Inilah peluang anda untuk menyaksikan budaya-budaya pop terkenal di serata dunia di bawah satu bumbung!



“Secara peribadi, saya juga sebenarnya salah seorang peminat budaya pop, dan saya amat terharu diberi peluang untuk membentangkan suatu acara komik yang besar yang dapat mengumpulkan peminat-peminat francais adiwira, permainan video dan koleksi terhad di Malaysia.

Comic Con Asia mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana peminatnya datang dari negara-negara antarabangsa dan Asia,” kata Tan Mong Chon, Pengerusi dan Pengarah Syarikat, I Hub Advertising. “Saya berasa bangga melihat perkembangan acara ini yang pertama sekali diadakan di Thailand pada 2017 kemudian diteruskan di Malaysia pada 2018. Harapan saya agar acara ini dapat terus berkembang di negara-negara Asia lain pula selepas ini.”

Michael Zchang, Pengurus Besar Hub Advertising, berkata, “Kami berbesar hati dapat menganjurkan Comic Con Asia yang pertama di Malaysia dan kami berterima kasih kepada rakan-rakan kongsi dan pembekal yang turut memberi sokongan dalam menjayakan acara berteraskan budaya pop yang mempunyai peminatnya yang tersendiri ini.”

 “Sokongan yang diterima daripada peminat juga sangat memberangsangkan. Khas untuk mereka, kami telah menyediakan enam zon yang terdiri daripada komik, filem, rancangan bersiri, manga, animasi, permainan, permainan video, dan cosplay,” tambahnya lagi.

Peminat pasti teruja untuk menyaksikan sendiri koleksi terhad, memorabilia, dan pameran unik daripada filem-filem Marvel, DC, Star Wars dan banyak lagi. Selain itu mereka juga boleh cuba bermain permainan Dungeons & Dragons atau Magic: The Gathering.



Kehangatan bola sepak yang masih dirasai juga tidak dilupakan menerusi Pertandingan Moh Skor E-Sports yang menampilkan FIFA Online 3, FIFA18 dan permainan fantasi kegemaran ramai, Mobile Legends. Peminat anime pula pasti teruja untuk bertemu artis-artis hebat NoB (Super Sentai dan Saint Seya) dan mao (Doraemon).

“Penerimaan yang baik daripada peminat Comic Con Asia di Malaysia telah membuktikan kemampuan kami dari segi sumber dan pengurusan majlis yang berskala besar. Kejayaan ini memberi kami lebih semangat untuk terus menganjurkan acara yang lebih hebat pada masa akan datang,” kata Vincent Low, Pengarah Pembangunan Perniagaan, I Hub Advertising.

 “Gabungan aktiviti dan penampilan khas oleh personaliti terkenal dalam satu acara mega seperti ini akan memberikan pengalaman menakjubkan kepada peminat.”



Jangan terlepas peluang menyaksikan Comic Con Asia 2018, sehingga 15 Julai ini di Sunway Pyramid Convention Centre. Tiket boleh didapati di www.eventbrite.com.au/e/asia-comic-con-malaysia-2018-tickets-46259095199.

Untuk maklumat terkini, layari https://www.facebook.com/asiacomicconmalaysia/

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO