BAIK PUNYA CONCERT 4D - TERBAIK DARI 4 DATO'


Baik Punya Concert 4D menampilkan empat sahabat berbakat iaitu Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Hans Isaac. Ya, 4Dato’ di dalam 4Dimensi! Tiada kena-mengena dengan nombor ekor, harap maklum.

Chemistry di antara 4 orang seniman ini amat kuat dan sentiasa berjaya menghiburkan penonton. Kejayaan filem Baik Punya Cilok, Cuci, Buli, serta pertunjukan teater Cuci The Musical, dan Teater Baik Punya Cilok adalah bukti bahawa persahabatan mereka bukan saja menjadi di dunia luar malah di layar filem dan juga di atas pentas.


Baik Punya Concert 4D bukan sahaja akan menonjolkan nyanyian, malah Baik Punya Concert 4D mempunyai naratifnya yang tersendiri tentang perjalanan hidup empat sahabat ini yang akan dipersembahkan dalam sketsa-sketsa pendek.

 

Nyanyian Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Hans Isaac akan diiringi oleh sebuah kumpulan muzik yang diterajui pengarah muzikal terkemuka, Datuk Acis. Penceritaan Baik Punya Concert 4D pula akan dibantu oleh seorang pelipur lara etnik yang tidak asing lagi iaitu Encik Kamrul Hussin (dari kumpulan muzik tradisional Geng Wak Long).



Senarai lagu yang akan dipersembahkan pasti akan membuat penonton turut menyanyi, menari dan bersama menggegarkan panggung Istana Budaya. Dari lagu original muzikal Cuci dan filem Baik Punya Cilok ke lagu-lagu evergreen sehinggalah ke lagu-lagu popular terkini.



Baik Punya Concert 4D pasti akan membawa anda melangkaui jalan kenangan zaman-berzaman. Baik Punya Concert 4D akan menemui penonton pada 26 Julai sehingga 28 Julai 2018 pada jam 8.30 malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur.



Harga tiket bermula dari RM98! Konsert ini juga akan mengumpul dana bagi Yayasan Chow Kit. Beli secara online di https://airasiaredtix.com/baikpunyaconcert

Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej korporat atau pembelian secara pukal, sila hubungi Tall Order Sdn. Bhd. di talian 03-4253 2241

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM