FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG DI KLANG




Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) Daerah Klang akan menganjurkan FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG. Acara yang diadakan buat julung kalinya ini dibuat atas kesedaran tidak ramai yang mengetahui tentang sejaran dan tradisi orang orang Bugis sebenarnya kecuali label ‘lanun’ yang dicanang turun-menurun oleh orang ramai kepada kaum Bugis. 


Bagi mengelakkan stigma ini terus melarat tanpa mengetahui sejarah asalnya, PBMS merasakan satu acara perlu diadakan bagi memperkenalkan tradisi dan budaya orang bugis kepada semua.



 FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG akan diadakan pada 28-29 Julai 2018 di Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan bermula jam 9:00pagi hingga jam 10:00 malam.

Ianya akan dirasmikan oleh YAB Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor pada 28 Julai 2018, pada jam 9:00 pagi. Perkataan Bugis “LINO MALOANG” memberikan pengertian “DUNIA NAN LUAS” ini disertakan dengan nama acara sebagai symbol semangat kaum Bugis.



Ia dirasakan bertepatan dengan peranan dan sumbangan serta budaya merantau orang-orang Bugis dari tanah asal mereka di Sulawesi yang merantau dan menetap ke hampir seluruh pelusuk Nusantara, dan juga beberapa negara lain di seluruh dunia.



Penganjuran FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG ini turut mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang. Ia juga turut mendapat sokongan dan penyertaan oleh komuniti Bugis di negeri lain, juga beberapa negara lain seperti Batam dan Singapura.



Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang 2 hari tersebut, antaranya Tarian 4 etnik ( Bugis, Makassar. Mandar & Toraja), Tari Paduppa, Tari Indo Logo, Tari Pepe-pepeka Ri Makka (tari api), pencak silat aliran Bugis, pertandingan busana Bugis, Kulinari tradisi Bugis dan pameran senjata & busana Bugis.

Acara ini turut diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan seperti Gmie Screen, Bagio Damasutra dan Ali XPDC pada sebelah malam.



Orang ramai dijemput hadir ke acara ini dan mengenali sejarah Bugis dengan lebih lanjut sambil berhibur dan bersantai dengan aktiviti aktiviti yang diadakan.

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN

"BANGUN, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA" ZUS COFFEE DENGAN KERJASAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN MEMPERKENALKAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2026 UNTUK KL DAN PUTRAJAYA

AEON CARNIVAL EXTRAVAGANZA 2026: BELANJA, MENANG & BERGEMBIRA!