KOMPUTER PS42 – CREATOR MSI BERKUASA LAGI BERGAYA



Tidak kira sama ada anda melabelnya sebagai gajet, alat atau mainan, peranti-peranti yang dibina hari ini bukan sahaja perlu berprestasi tinggi, tetapi ia juga perlu mempunyai reka bentuk yang menarik agar sesuai dengan gaya hidup serta fesyen para penggunanya.



Sebagai jenama gaming terkemuka di dunia , MSI telah melancarkan sebuah komputer riba yang ultra ringan, anggun serta berkuasa tinggi. Sesuai digunakan sama ada untuk bekerja atau bermain, MSI PS42; Creator PC memiliki kuasa serta prestasi yang sama seperti komputer besar yang lain walaupun bersaiz kecil. PS42 yang sangat ringan pada hanya 1.19kg didatangkan di dalam casis logam sepenuhnya dengan kemasan metallic hair-brush yang tampak mewah.



Nipis serta anggun, PS42 pasti menarik perhatian orang ramai terhadap pemiliknya tidak kira sama ada ketika berada di kafe atau bilik mesyuarat. Sesuai dengan trend semasa yang mengutamakan gaya tanpa bezel yang menarik, MSI mendefinisikan semula istilah “kompak” dengan memasang skrin 14 inci Definisi Tinggi Sepenuhnya (FHD) ke dalam casis 13 inci! Dengan ketebalan bezel 5.7mm, PS42 mempunyai nisbah skrin kepada badan yang mengagumkan iaitu 81%, sekali gus mencipta pengalaman visual yang menyeronokkan. 

Di sebalik keanggunannya, Creator PC tersebut tetap berkuasa, sejajar dengan nilai utama MSI iaitu untuk melahirkan mesin berprestasi tinggi. Dijana oleh pemproses 8th Gen Intel® Core™ i7 atau i5, PS42 turut dilengkapi dengan kad grafik discrete NVIDIA GeForce MX150 bagi memastikan anda dapat menikmati permainan video atau menyunting video serta gambar dengan lancar.



Pengguna komputer riba yang berkuasa tinggi selalunya berdepan dengan dua kesulitan: mesin yang terlampau panas yang cepat menghabiskan bateri. Sebagai pakar gaming, MSI berjaya menangani isu berkenaan dengan memperkenalkan reka bentuk dwi ekzos haba. Dengan kecekapan kuasa yang dipertingkatkan, PS42 boleh digunakan sehingga 10 jam tanpa perlu mengecas.

Dan bagi memenuhi kepelbagaian keperluan mudah alih anda, MSI telah memuatkan 4 port USB (2X Type A, 2X Type C), satu audio combo jack dan satu pembaca kad SD (XC/HC) ke dalam mesin yang nipis bergaya ini. Sukar untuk anda mencari sebuah komputer riba berprestasi tinggi yang lain, yang mempunyai banyak port dan pada masa sama tetap kelihatan menarik dan bersaiz kecil sepertinya. Sukar untuk dipercayai, bukan? Tetapi itulah hakikatnya, PS42 didatangkan di dalam pakej yang amat menarik!




Ciri-cirinya yang berprestij termasuklah:
- Komputer riba yang bergaya lagi berkuasa: Mempunyai kuasa pengkomputeran yang cemerlang dengan 8th Gen Intel® Core™ i7/i5, Solid State Drive (SSD), kad grafik discrete GeForce MX150 2GB DDR5 yang berkuasa penuh dan sistem penyejukan bertaraf gaming dengan reka bentuk Cooler Boost 3 yang menampilkan dwi kipas dan tiga penyalur haba
- Reka bentuk yang nipis dan anggun: Antara yang paling ringan dan paling nipis di dalam kategorinya pada 1.19kg, skrin 14” FHD yang dipasangkan pada casis 13” hasil kehalusan reka bentuk bazelnya yang nipis.
-Video serta audio yang jelas: Dilengkapi dengan True Colour 2.0 untuk penghasilan warna yang sempurna, sementara Nahimic 3 Audio memberikan anda pengalaman bunyi keliling 7.1 yang mempesonakan 

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman FB “MSI Malaysia Notebook”. (https://www.facebook.com/MSI.Malaysia.NB/)

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI