LEE SHUN HING PELOPOR SOS TIRAM VEGETARIAN


Rakyat Malaysia kini mempunyai kesedaran yang lebih tinggi mengenai kesihatan dimana lebih ramai yang memilih untuk mengamalkan diet vegan atau vegetarian sebagai gaya hidup.

Bagi yang lain, disebabkan khuatir oleh tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang, kencing manis dan kondisi lain yang dikaitkan dengan diet dengan kandungan garam dan gula yang tinggi telah menyebabkan mereka untuk lebih berhati-hati tentang cara pemakanan mereka.

Menurut Rancangan Statistik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit ( NSPNCD) populasi negara ini mengambil secara purata 8.7g sodium dalam sehari, yang sebenarnya dikira agak tinggi dan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung. Matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk mengurangkan kadar purata pengambilan sodium dalam kalangan rakyat Malaysia sebanyak 30% menjelang tahun 2025.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mencadangkan kandungan kalori dari gula diterhadkan untuk tidak melebihi daripada 10% penggunaan tenaga harian . Oleh itu, kandungan purata pengambilan gula tambahan untuk orang dewasa termasuk gula tersembunyi sepatutnya tidak melebihi 10 sudu teh dalam sehari (50g). 

Sebagai rakyat Malaysia, ini meletakkan kita dalam situasi yang sukar. Adakah kita perlu terus menikmati sajian kegemaran kita seperti Mee Goreng Mamak, Char Koay Teow dan Chick Kut Teh, atau kita perlu terus kekal dengan makanan yang tawar dan tidak berperasa untuk menjaga kesihatan kita?

Jenama warisan Lee Shun Hing mempunyai penyelesaian yang mudah dalam pada masa yang sama lazat untuk rakyat Malaysia menikmati makanan kegemaran mereka sambil mengekalkan diet yang sihat.

Sos tiram vegetarian atau ‘zhai’ Lee Shun Hing adalah pilihan yang lebih sihat. Sos tiram ini mempunyai kandungan sodium yang lebih rendah berbanding sos tiram biasa yang lain . Jenama ini adalah pelopor sos tiram vegetarian ‘zhai’ di Malaysia sejak tahun 1985.

Sos tiram adalah asas untuk masakan sajian Asia yang digunakan untuk rasa gurihnya dan aroma yang menyelerakan serta menambah kesedapan makanan. Bagi mereka yang sering memasak di rumah pula, dengan menggunakan sos tiram vegetarian yang rendah sodium dan rendah gula seperti sos tiram Lee Shun Hing, boleh memberikan alternatif yang lebih sihat untuk keluarga.

Sos tiram vegetarian Lee Shun Hing telah diiktiraf sebagai Sos Tiram Pilihan Lebih Sihat oleh Lembaga Galakan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Singapura. Pengiktirafan ini memerlukan sesuatu produk itu mematuhi garis panduan yang ketat dan memastikan maklumat nutrisi dipaparkan pada label. Untuk layak memiliki pengiktirafan ini, Sos Tiram Vegetarian Lee Shun Hing telah diuji dan terbukti mempunyai kurang daripada 3g kandungan sodium per 100g .

Kesemua pilihan sos tiram halus, sos tiram berperasa, sos tiram vegetarian dan minyak bijan Lee Shun Hing, telah mendapat pengiktirafan Halal, menjadikan kesemua produk ini sesuai untuk pengguna Muslim juga.

Bagi mereka yang vegetarian dan vegan mempunyai keperluan pemakanan yang ketat, sos tiram vegetarian “zhai” Lee Shun Hing adalah yang pertama untuk menawarkan kepelbagaian produk ini dalam Malaysia.

Untuk menghasilkan rasa tiram, jenama ini menggunakan pati pekat yang dibuat menggunakan cendawan, lobak merah dan daun saderi. Semua rakyat Malaysia termasuk yang vegetarian dan pengguna yang mengambil berat tentang kesihatan mereka kini boleh menikmati rasa sos tiram yang lebih sihat.

“Rakyat Malaysia telah memupuk citarasa yang tinggi disebabkan oleh pengaruh kulinari dalam masakan kita, dalam pada yang sama Malaysia terkenal di mata dunia dengan makanannya, dan menduduki tempat teratas dalam senarai carta percutian dan pelancongan. Pengguna Malaysia memerlukan keseimbangan halus antara rasa manis, masin, pedas, pahit dan pedas untuk menghasilkan intipati perasa umami yang membuatkan makanan lebih sedap. Sos-sos Lee Shun Hing telah diolah untuk orang Malaysia oleh orang Malaysia, dan telah menawan rasa yang membuatkan makanan Malaysia lebih istimewa,” kata Encik Siew Yun Sing, pengasas rangkaian produk Lee Shun Hing.

“Kami memahami bahawa rakyat Malaysia berhadapan dengan cabaran dari segi pengurusan pemakanan mereka yang boleh mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi, oleh itu kami telah menjadikan sos warisan turun-temurun kami untuk menjadi lebih sihat. Setiap pengurangan kadar gula dan garam walaupun sedikit, adalah amat membantu, dan Lee Shun Hing amat berbesar hati untuk dapat menjalankan peranan dengan menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat agar mereka dapat menikmati makanan mereka tanpa rasa serba salah, dan prihatin dengan kesihatan mereka,” tambahnya lagi.

Comments

Popular Posts