VASELINE TERUSKAN PEMULIHARAAN KULIT GOLONGAN TERPINGGIR



Vaseline Healing Project diwujudkan untuk memberi akses penjagaan dermatologi dan perubatan asas untuk memulihkan kesihatan kulit lima juta anggota komuniti mudah terjejas di seluruh negara menjelang 2020.

Untuk tahun yang kedua berturut-turut, Vaseline Malaysia menyertai gerakan global melalui kerjasama dengan HOPE worldwide Malaysia untuk membolehkan masyarakat terpinggir di seluruh negara mendapat semula kulit yang sihat. Laporan menunjukkan sembilan daripada sepuluh rakyat Malaysia bimbang tentang kenaikan kos sara hidup. Kenaikan harga barang serta perkhidmatan seperti makanan dan perumahan, terutama sekali di kawasan bandar, menghimpit kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana mereka tidak dapat memenuhi keperluan harian.

Dibebani pelbagai masalah asas yang lain, golongan miskin yang tinggal di bandar selalunya tidak mengendahkan hal berkaitan penjagaan kulit kerana kos perubatan yang mahal, apatah lagi untuk mendapat akses kepada penjagaan kulit.


Namun begitu, penjagaan kulit tidak boleh diabaikan, kerana sebarang isu berkaitan kulit boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih besar jika tidak dirawat dan disebabkan akses penjagaan berkualiti yang terhad.

Vaseline Healing Project dilancarkan buat pertama kalinya di Malaysia pada tahun lalu, di mana Vaseline menyokong program perubatan HOPE worldwide Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas serta pendidikan mengenai sanitasi dan kebersihan.

Inisiatif pertama itu berjaya membantu 2,016 anggota masyarakat terpinggir di seluruh negara, menyumbang kepada penyempurnaan cita-cita Vaseline untuk memulihkan kulit 5 juta penduduk di dunia yang terjejas akibat kemiskinan dan situasi kecemasan.

Pada tahun ini, inisiatif Vaseline Healing Project maju setapak lagi dengan penyediaan beberapa klinik bergerak percuma bertujuan memudahkan komuniti kurang berkemampuan mendapat akses kepada penjagaan dermatologi dan perubatan asas. Komuniti sasaran di Sentul, Kuala Lumpur dan beberapa lagi kawasan bandar-bandar utama di seluruh negara di mana terdapat khidmat HOPE worldwide Malaysia, akan mendapat akses kepada pemeriksaan kulit dan ceramah kesedaran kesihatan kulit sebagai tambahan kepada perkhidmatan perubatan lain seperti ujian glukos darah, BMI dan tekanan darah.



Selain itu, Vaseline turut berjanji untuk mendermakan wang tunai RM150,000 dan produk Vaseline bernilai RM50,000 bagi menyokong kempen selama setahun itu. Ketua Kategori Penjagaan Kulit dan Deodoran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Guan Lee berkongsi inspirasi di sebalik inisiatif berkenaan,

“Vaseline mempunyai pengalaman lebih daripada seabad dalam memperbaiki dan memulihkan kesihatan kulit di seluruh dunia. Vaseline Healing Project mengukuhkan lagi komitmen kami untuk berkongsi ciri-ciri pemulihan dan pada masa sama menyediakan akses terhadap penjagaan dermatologi kepada mereka yang memerlukan.”

“Kami berharap untuk merapatkan lagi jurang rawatan kesihatan kulit dan selanjutnya; kerana kulit yang sihat membolehkan kami untuk menikmati kehidupan dengan sepenuhnya. Wawasan yang kami kongsi bersama dengan HOPE worldwide Malaysia telah meningkatkan misi kami ke satu tahap yang lebih tinggi dalam usaha memastikan lebih ramai komuniti terpinggir mendapat akses kepada rawatan pemulihan kulit pada tahun ini dan memberi harapan kepada mereka untuk menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Guan. 

Pengarah Negara HOPE worldwide Malaysia, Darick Wong turut mempunyai sentimen yang sama, “Sebagai rakan kongsi, Vaseline Healing Project telah banyak membantu kami dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti kami dengan memberikan mereka lebih banyak penawaran yang berfaedah untuk meningkatkan kehidupan mereka menerusi penjagaan dermatologi. Kerjasama ini membolehkan kami membantu masyarakat terpinggir untuk memiliki semula kulit yang sihat, bersama-sama dengan inisiatif kami yang lain. Ia adalah amat mengagumkan bagaimana kesihatan kulit yang baik dapat meningkatkan keyakinan seseorang itu untuk meneruskan kehidupan dan kami mahu melihat lebih banyak lagi perubahan sedemikian dalam rangkaian kerjasama kami di seluruh negara.”



Rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai usaha membantu masyarakat terpinggir yang memerlukan akses kepada penjagaan dermatologi. Bermula daripada hari ini hingga 30 September 2018, RM1 akan didermakan kepada Vaseline Healing Project dengan setiap pembelian produk Vaseline.

Ditemui pada 1870, Vaseline Jelly merupakan pemulih kulit kering yang asli. Menggunakan mekanisme pemulihan kulit kering yang unik, Vaseline Jelly bertindak dengan menembusi kulit kering bagi mewujudkan lapisan oklusif antara sel jauh di dalam kulit yang terjejas dan membantu mengisi lipid antara sel, lapisan pelindung semulajadi kulit yang membantu memerangkap kelembapan.*

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Vaseline Healing Project, sila kunjungi www.vaseline.com.my/healingproject.

 *Di dalam stratum korneum

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA