ZAHIRAH MACWILSON SEMAKIN "MENJADI DENGAN MEERACLE"



Meeracle jenama terkenal yang kini sudah tiga tahun berada di pasaran bakal melantik Duta Jenama yang baru, pelakon yang semakin mencipta nama di persada seni iaitu Zahirah Macwilson. Majlis pelancaran telah diadakan pada 26 Julai 2018 di Clarke Ballroom 1, Le Meridien Kuala Lumpur.



Pemilihan Zahirah Macwilson sebagai duta adalah berdasarkan beberapa aspek, salah satunya ialah Zahirah menepati konsep jenama Meeracle iaitu ‘simple, urban and expressive’, dan Meeracle melihat ciri-ciri tersebut dalam diri Zahirah.

Selain itu imej penampilan Zahirah yang bersih serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi juga menjadi sebab utama Meeracle memilih beliau. Ketua Pegawai Eksekutif, Edelsteen Sdn.Bhd, Raja Mohd Nasrullah Haziq turut melancarkan kempen terbaru Meeracle iaitu kempen ‘Menjadi Dengan Meeracle’.




Kempen ini dilancarkan bagi menarik minat lebih ramai wanita diluar sana untuk menggunakan Meeracle kerana dengan Meeracle bukan sahaja menjadi dari segi kecantikan, malahan menjadi dalam membantu wanita-wanita memulakan perniagaan yang berjaya. Menurut Raja Haziq “Dengan pelantikan Zahirah sebagai duta, ditambah lagi dengan kempen ‘Menjadi Dengan Meeracle’ kami yakin dapat meraih kepercayaan lebih ramai wanita diluar sana”.

Beliau juga telah mengumumkan Meeracle sedang dalam proses akhir untuk mengeluarkan produk-produk Meeracle yang bakal berada di pasaran pada bulan September nanti untuk melengkapi set kecantikan Meeracle.



Proses pembangunan produk terbaru ini mengambil masa hampir dua tahun bagi memastikan setiap produk yang dikeluar berada dalam kualiti terbaik. Majlis pelancaran pada petang itu juga dimeriahkan dengan kehadiran tulang belakang Meeracle iaitu para ejen dan pengedar dari seluruh pelusuk negara.



Upacara menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Zahirah Macwilson dan Pengasas Produk Meeracle, Meera Nordin menjadi kemuncak kepada majlis pelancaran itu.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman sesawang – www.meeracle.com.my atau hubungi Bahagian Pemasaran Meeracle – Sahira di sahira@meeracle.com.my/ 018-252 4467

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!