APM 2018 UMUM PENCALONAN EDISI KE-17


Anugerah Planet Muzik (APM 2018) meraikan edisi ke17 dengan pengumuman pencalonan terhebat dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Dianjurkan oleh Mediacorp Suria, Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM, pencalonan 2018 diumumkan hari ini di Royale Chulan Damansara dengan persembahan oleh by Hannah Delisha, Mimifly, Farhan Shah, Fatin Husna dan Khai Bahar.

Lebih daripada 100 penyanyi dan pemuzik tempatan menghadiri acara tersebut. Mendahului senarai pencalonan ialah Alif Abdullah, penyanyi rap dan penggubah lagu Singapura, yang pernah popular bersama kumpulan SleeQ, dengan 6 pencalonan.

Ini diikuti dengan 5 pencalonan oleh bintang baru Malaysia, As'ad Motawh, bakatbakat serba boleh Singapura, Aisyah Aziz dan Sufi Rashid, serta puteri pop Indonesia, Isyana Sarasvati.

Peminat juga diberi peluang untuk mengundi lagu dan artis kegemaran mereka dalam kategori popular dari sekarang hingga 25 September 2018, 11.59 malam di toggle.sg/apm.

Kategori tersebut ialah Artis APM Paling Popular, Lagu APM Paling Popular, Ikon Media Sosial, Artis Paling Popular (Singapura) dan Lagu Paling Popular (Singapura).

Puan Zakiah Halim, Ketua Penyiaran Melayu Mediacorp, berkata, "Sebagai satusatunya acara penganugerahan muzik Melayu serantau, Anugerah Planet Muzik sentiasa mencipta peluang dan kerjasama yang bermakna antara artis dan pemuzik demi meningkatkan profil mereka di rantau ini. Kami bangga calon-calon APM 2018 merupakan ‘trendsetter’ yang mencabar kreativiti dalam muzik mereka."

Puan Azlin Reza Azmi, Penolong Kanan Naib Presiden Bahagian Kandungan Perniagaan Melayu Astro, turut menambah, “Sebagai salah satu penyiar rasmi APM 2018, Astro bangga untuk menyiarkan malam kemuncak acara penganugerahan muzik paling berprestij bagi meraikan pencapaian cemerlang para artis baru dan berpengalaman, yang turut membuat persembahan istimewa untuk tontonan peminat.

Saksikan APM 2018 secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Ria HD (123) untuk mengetahui siapakah yang bakal mengungguli setiap kategori yang dipertandingkan.

Penonton boleh mengharapkan aksi muzik terkini dan detik menarik di APM yang bakal diadakan di Teater MES di Mediacorp pada Jumaat, 28 September 2018, 9.00 malam selama 2½ jam.

Acara ini akan menampilkan gandingan hos tiga negara, Fiza O, Nabil dan Daniel Mananta serta persembahan hit oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza, Rossa, Judika, Ayda Jebat, Ryan Sufiyan, Mimifly, Khai Bahar, Sara Fajira, Adrian Khalif, Farhan Shah, Jaz , GAC dan The Pinholes. Tiket ke APM 2018 telah habis dijual.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"