BIOHOME CATAT REKOD MALAYSIA DALAM ACARA BASUH TUALA



bio-home, telah berjaya mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records menerusi acara mencuci tuala yang disertai oleh paling ramai peserta pada majlis ‘WE CARE’ yang diadakan di Atria Mall Shopping Gallery baru-baru ini.


Lebih 725 orang peserta, kebanyakannya kanak-kanak dan ibu bapa mereka mencatat rekod dalam masa kurang satu jam apabila menggunakan pencuci pakaian bio-home dalam satu siri jelajah pendidikan yang diadakan sempena kempen ‘WE CARE' bio-home. bio-home diiktiraf sebagai pemegang rekod ‘Peserta Paling Ramai dalam Acara Membasuh Tuala Tangan’ oleh wakil Malaysian Book of Records.


bio-home yang dimiliki dan dibangunkan oleh jenama tempatan Lam Soon menawarkan rangkaian produk membersihkan rumah mesra alam yang diperbuat daripada kandungan aktif berasaskan tumbuh-tumbuhan yang boleh diperbaharui dan dibiodegrasikan.

Produk-produk ini boleh dibeli oleh pengguna yang menghargai alam sekitar. Pada masa yang sama membuatkan rumah lebih bersih, hijau dan menenangkan. Bilangan peserta yang ramai itu diwakili oleh 100 buah tadika dan 10 sekolah rendah yang telah bekerjasama dengan bio-home sepanjang tahun ini.


Kerjasama itu memberikan kanak-kanak terbabit pengetahuan tentang alam sekitar, memupuk inisiatif kitar semula dan mengajar mereka kemahiran hidup seperti membantu melakukan kerja-kerja di rumah. Orang awam juga turut mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Setiap peserta menerima sehelai tuala tangan dengan kotoran di atasnya. Tugas mereka adalah untuk membasuh tuala tersebut menggunakan pencuci pakaian bio-home dan air sehinggalah kotoran itu hilang sepenuhnya.

Kepantasan kotoran itu dapat dibersihkan membuktikan kuasa membersih pencuci pakaian bio-home yang efektif dan lembut. Efektif dan mampu milik, pencuci pakaian bio-home telah diuji dan terbukti selamat, serta lembut ke atas kulit yang paling sensitif sekali pun.

(Dari kiri) Pasukan bio-home Encik Francis Ng, Pengurus Besar Kanan, Cik Tan Joo In, Pengurus Produk, dan Mr.Wong Wee Kee, Pengurus Pemasaran, Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.

 “Inisiatif WE CARE bio-home bertujuan mendidik keluarga, terutama anak muda mengenai sebab dan cara kita perlu memulihara alam sekitar demi masa depan bersama. Mengasingkan barang-barang yang boleh dikitar semula misalnya merupakan satu langkah mudah yang kita semua harus amalkan. Menggunakan bahan pencuci dan pembersih isi rumah mesra alam seperti yang ditawarkan oleh bio-home merupakan satu permulaan yang baik,” kata Pengurus Besar Kanan, Jabatan Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Francis Ng.

Kanak-kanak dan ibu bapa yang mengambil bahagian dalam acara ini cukup teruja untuk mencatat rekod Malaysia, selain mempelajari aspek pendidikan yang disampaikan dalam siri jelajah WE CARE bio-home.

Produk-produk bio-home terdiri daripada pencuci pakaian, pencuci pakaian lembut, cecair cucian pinggan mangkuk, pembersih dapur, pencuci lantai dan pembersih pelbagai jenis permukaan.

bio-home Laundry Detergent
Pencuci pakaian bio-home mengandungi bahan tidak bertoksik untuk cucian yang efektif . Teknologi Plantmoist memulihara lembapan semula jadi kulit. Ia juga mengandungi wangian keladi dan nektarin bebas phthalates. Boleh didapati dalam 1500ml, pada harga RM27.35

bio-home Delicate Laundry Detergent
Pencuci pakaian bio-home yang lembut ini (bio-home Delicate Laundry Detergent) merupakan satu formulasi terbiodegrasikan yang ideal untuk membasuh fabrik lembut seperti pakaian bayi, sutera, kain kapas dan pakaian dalam. Boleh didapati dalam 1500ml, pada harga RM27.35

bio-home Dish Washing Liquid
bio-home Dishwashing Liquid adalah lembut ke atas kulit, tidak mempunyai bahan kimia atau toksik berbahaya, selain mesra alam. Ia akan melarut secara semula jadi apabila bercampur dengan air. Boleh didapati dalam 500ml, pada harga RM7.45

bio-home Kitchen Cleaner
Diperbuat daripada kandungan tidak bertoksik yang mampu menghilangkan kesan minyak dan sisa kotoran degil di dapur. Pembersih dapur ini diformulasikan supaya tidak perlu dibilas, sekali gus membuatkan tugasan di dapur lebih mudah tanpa perlu dibersihkan untuk kali kedua. Boleh didapati dalam 500ml, pada harga RM10

bio-home Floor Cleaner
Cecair cucian yang selamat untuk bayi, mampu membersihkan lantai dengan berkesan tanpa meninggalkan sebarang kesan kimia berbahaya. Pencuci lantai bio-home juga diuji secara dermatologi agar lembut ke atas kulit. 1500ml, pada harga RM14.05

bio-home Multi-Surface Cleaner
bio-home Multi-Surface Cleaner menampilkan ciri tanpa bilasan yang membuatkan kerja-kerja mencuci lebih mudah, selain memastikan permukaan bebas daripada kotoran dan habuk. Ia boleh digunakan di atas semua bentuk permukaan termasuklah kayu, marmar dan venir. Boleh didapati dalam 500ml, pada harga RM10

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO