BMW MALAYSIA & FLYPROJECT MENJALIN KERJASAMA



BMW Malaysia dan kelab kecergasan, FLYPROJECT akan berada di The Square, Publika pada Jumaat petang ini untuk meningkatkan kesedaran atas Mobiliti Bervisi yang mampan di kelas FlyCycle Outdoor terbesar di Malaysia. 

Dalam kerjasama pertama seumpamanya, kelas kecergasan FlyCycle yang istimewa ini juga akan menyaksikan pelancaran rasmi Coupe BMW i8 Baru kepada orang ramai.

“Kerjasama yang kami jalinkan dengan FLYPROJECT untuk mempamerkan BMW i8 Coupé yang Baharu berpandukan prinsip BMW Malaysia terhadap kelestarian dan elektro mobiliti. Sebagai perintis Mobiliti Elektro di Malaysia dan mempunyai kenderaan premium terbesar yang mampu berkendara elektrik, ia adalah tanggungjawab kami untuk memacu kesedaran mengenai kemungkinan teknologi dan mobiliti masa depan. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada kempen Born Electric kami yang sedang jalankan,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Group Malaysia.

Hoelzl menambah bahawa pembuat premium itu menjemput orang ramai untuk mengalami impak deria sepenuhnya daripada satu jenis pembukaan BMW i8 Coupé Baru.

Alami mobiliti alaf baharu yang berkuasakan elektrik pada tarikh dan lokasi berikut:

Kelas: FlyCycle.
Tarikh: 24 Ogos 2018, Jumaat.
Masa: 8:00pm.
Lokasi: The Square, Publika.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara yang mengujakan ini bersama #BMWiXFlyProject, sila layari http://www.bmw-electricdrivingpleasure.com/takecharge.html

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM