BMW MEMPERSEMBAHKAN “BORN ELECTRIC: THE BMW i ROADSHOW”



Entiti yang memacu Mobiliti Elektro masa hadapan di Malaysia, BMW Malaysia akan memperlihatkan keupayaannya untuk meneraju mobiliti elektro di seluruh negara melalui “Born Electric: The BMW i Roadshow.”

Sejak pengenalan subjenama BMW i pada tahun 2013, BMW Group telah meraikan kejayaan yang memberangsangkan melalui portfolio mobiliti bervisinya di seluruh dunia.

Dengan penyerahan melebihi 100,000 unit kenderaan berelektrik pada tahun lepas, BMW Group kini berada dalam landasan yang tepat untuk mencatat penyerahan 140,000 buah kenderaan lagi pada tahun 2018.

Cita-cita ini juga dibidik oleh BMW Malaysia melalui kenderaan mobiliti elektro yang merangkumi 55% penyerahan unit kenderaan di dalam negara – lantas memacu inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat domestik, dan kesedaran terhadap teknologi yang bersih dan baharu demi industri automotif serta untuk mengubah infrastruktur bagi kenderaan premium di Malaysia.

“Mobiliti Bervisi serta teknologi terbaharu bagi industri automotif sudah bertapak di Malaysia dan kita telah berjaya membangunkan teknologi dan kebolehan tersebut untuk memberi sokongan kepada kenderaan-kenderaan yang giat mengekori perubahan yang sedang berlaku di dunia ini. “Born Electric: BMW i Roadshow” ini akan mendemonstrasikan kemajuan kami dalam Mobiliti Masa Hadapan di Malaysia, serta akan mengambil peluang tersebut untuk memperkenalkan model-model baharu ke dalam portfolio kenderaan premium kami yang sedia ada,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia.
 
Alami “Born Electric: The BMW i Roadshow” pada tarikh dan lokasi-lokasi yang berikut:

Lembah Klang

Bangsar Village II
4 hingga 7 Oktober 2018
1Utama Shopping Centre
17 hingga 21 Oktober 2018
Paradigm Mall
30 November hingga 2 Disember 2018
Empire Shopping Gallery
5 hingga 9 Disember 2018

Johor

Wetex Parade
12 hingga 14 Oktober 2018
Komtar JBCC
23 hingga 25 November 2018
Paradigm Mall JB
14 hingga 16 Disember 2018
Kelantan

AEON Mall Kota Bharu
26 hingga 28 Oktober 2018

Kedah

Aman Central Mall
1 hingga 4 November 2018

Penang

Queensbay Mall
15 hingga 18 November 2018


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.bmw.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA