BUFET CITARASA MERDEKA DI RESORTS WORLD GENTING



Tanggal 31 Ogos 2018, negara akan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61 dengan tema rasmi – Sayangi Malaysiaku. Bersempena dengan tarikh peristiwa penting itu, Resorts World Genting akan menawarkan dua buffet Merdeka istimewa dengan citarasa Malaysia di Rajawali Coffee House dan Coffee Terace secaraa eksklusif pada 31 Ogos 2018.

Rajawali Coffee House
Di Rajawali Coffee House, Awana Genting, set buffet makan tengah hari (12.00 tgh hingga 2.30 ptg) yang ditawarkan penuh citarasa Malaysia.

Mulakan menu makan tengah hari pada Hari Merdeka dengan pelbagai pilihan pembuka selera termasuk Ulam dan Rojak dari beberapa buah negeri seperti Sambal Belacan, Budu, Cencaluk, Sambal Tomato, Tempoyak, Rojak Buah, Pasembor dan Tauhu Sumbat serta pilihan salad barat. Rajawali turut terkenal dengan citarasa sup tempatannya dan gerai Sup Citarasa Awana diberi tanggungjawab menyediakan Sup Gearbox ‘Lambreta’, Sup Perut, Sup Daging, Sup Ayam, Sup Tulang Lembu dan Sup Pedas Szechuan kepada yang gemarkan pedas.


Barisan periuk tanah dengan aroma rempah ratus yang lazat menjadi hidangan utama bufet. Terdapat pilihan Tempoyak Ikan Patin, Rendang Tok Perak, Ayam Masak Belado, Ikan Goreng, Sambal Tempe Dengan Kentang, Gulai Lemak Nangka, Sayur Campur, Tauhu Masak Sos Soya dan Daging Bakar Air Asam bersama-sama Nasi Kukus.

Terdapat juga gerai sate yang menyediakan Sate Ayam dan Daging Lembu dihidang bersama Kuah Kacang, Nasi Himpit, Timun dan Bawang Bombay serta Otak-Otak. Bagi mewakili kepelbagaian kaum dan agama di negara ini, gerai masakan India dan Cina turut disediakan.


Di gerai India, hidangan kegemaran seperti Roti Canai, Putu Mayam dan Murtabak dimasak panas-panas untuk dimakan bersama Kuah Dal dan Sambal.

Beralih ke gerai masakan Cina, hidangan seperti Char Kuetiau dan Kari Laksa akan disediakan mengikut permintaan. Nasi Ayam Panggang Awana yang terkenal akan disediakan di gerainya tersendiri yang sudah pasti membuka selera pengunjung dengan bau yang sedap daripada ayam serta nasinya.

Buat peminat gastronomi, tambah selera anda dengan seleksi kuih-muih dibuat sendiri sebagai pemanis mulut. Antara yang disediakan termasuk Kuih Lapis, Kuih Talam, Kuih Kaswi, Ondeh-Ondeh dan Seri Muka daan tidak ketinggalan Bubur Kacang Hijau.

Buahan-buahan segar dari ladang dan kebun turut disediakan sebagai pencuci mulut ataupun tetamu boleh memilih untuk menikmati Pisang Goreng, Cempedaka Goreng dan Ubi Kayu Goreng di Gerai Goreng-Goreng.

Ia merupakan peluang buat seisi keluarga untuk menikmati keaslian masakan Malaysia bagi meraikan Hari Merdeka.

Bagi meraikan generasi terdahulu, dua warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam satu keluarga akan menikmati hidangan secara percuma ditemani empat dewasa dengan bayaran penuh.

Pengunjung dewasa akan dikenakan bayaran sebanyak RM47 dan RM24 bersih buat kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah untuk setiap seorang bagi menikmati Set Makan Tengah Hari Bufet Merdeka di Rajawali Coffee House. 



Coffee Terrace
Ketika matahari sudah mula berlabuh dan persediaan pertunjukan bunga api di seluruh negara bagi menyambut Hari Kemerdekaan ke-61 sudah dilakukan, pengunjung Resorts World Genting boleh berkumpul di Coffee Terrace, Hotel Genting Grand bagi menikmati makan malam Bufet Merdeka (6 ptg hingga 9.30 mlm).

Menggabungkan rasa dari seluruh dunia – termasuk masakan popular dari China, Barat, Jepun dan Asia Barat – Coffee Terrace akan memperingati Hari Kemerdekaan dengan pelbagai hidangan istimewa Malaysia. Buka selera dengan sedikit Sate yang dibakar panas dan dihidang bersama Kuah Kacang.

Lengkapkan hidangan pembuka selera anda dengan Keropok Ikan, Keropok Dal ataupun rasa citarasa Malaysia sebenar dengan menikmati Rojak Buah atau terus ke hidangan utama. Ia merupakan resipi yang sememangnya terkenal di mata dunia dan menjadi kebanggaan rakyat negara ini.


Hidang tersebut termasuk Nasi Lemak, Ayam Rendang, Sambal Udang dengan Petai, Ketam Bercili, Gulai Ikan Masin dengan Nanas dan Kupang gaya ‘Kam Heong’. Nikmati ia, kerana tiada lebih patriotik dengan berbangga terhadap makanan negara kita sendiri.

Buat mereka yang benar-benar menghargai kemahiran dalam menyediakan hidangan ini, terdapat gerai yang menyediakan peluang untuk melihat secara langsung di depan mata. Lihat bagaimana Teh Tarik dan Kopi Tarik disediakan dengan menarik teh atau kopi antara dua bekas untuk menghasilkan buih.

Jika itu tidak cukup lihat bagaimana semangkuk Asam Laksa dihasilkan serta saat sekeping Roti Canai ditebar ataupun Cakoi digoreng dalam minyak panas. Jangan lupa untuk menikmati sepotong Kek Merdeka yang dibuat khas oleh chef Coffee Terrace bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-61.

Harga Bufet Makan Malam Merdeka di Coffee Terrace bermula daripada RM44 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan RM88 bersih dewasa.



Rajawali Coffee House terletak di Tingkat Lobi Awana Genting sementara Coffee Terrace di Aras Lobi Hotel Genting Grand.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!