COACH PERKENAL KOLEKSI SELENA GOMEZ BUAT KALI KEDUA


Coach mengumumkan kerjasama kedua bersama penyanyi popular, Selena Gomez setelah kerjasama pertama mereka dalam tahun 2017 mendapat sambutan hangat.

Koleksi baru ini bakal menampilkan pakaian ready-to-wear yang buat pertama kalinya direka bersama oleh Selena bersama Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers.

Koleksi yang terdiri daripada pakaian sedia dipakai, beg dan aksesori kecil yang diperbuat daripada kulit mendapatkan sentuhan feminin yang unik daripada Selena termasuk motto yang tertulis di beg tangan - “Not perfect, Always me” dan motif arnab yang tercetus dari imaginasinya.

Di samping pakaian ready-to-wear, koleksi ini juga menampilkan dua beg iaitu The Bond dan Trail Bag yang direka bersama oleh Selena dan Vevers. Diperbuat daripada kulit dan berperincian kristal dan bow, beg-beg tersebut membawakan permbaharuan dalam legasi Coach dalam pertukangan barangan kulit.


Koleksi Coach x Selena Gomez bakal berada di pasaran mulai September 2018.

Comments

Popular posts from this blog

BELLA ASTILLAH JADI BARISTA BUBBLE TEA SEHARI, LAYAN LEBIH 500 PEMINAT DI IOI CITY MALL, SIAP ‘TAPAU’ DONUT TRUEDAN UNTUK AYDEN DAN ARA

SENTUHAN KLASIK, PESONA MODEN: NUR TAJ SPA & BEAUTY MENGANGKAT SENI 'URUTAN MALAYSIA' KE PERSADA DUNIA