DOVE LANCAR DERMASERIES UNTUK KULIT KERING

Dari Kiri: Vincent Chong (Marketing Director, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd), Farah Abdul Jalin (Campaign Ambassador, Dove DermaSeries), Tati Lindenberg (Global Brand Director, Dove DermaSeries, Unilever) and Charlene Hor (何佳颖) (Campaign Ambassador, Dove DermaSeries)

Apabila anda mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif, bukan kulit anda sahaja yang menderita. Dove DermaSeries, koleksi penjagaan kulit terbaru daripada Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, dicipta khusus untuk kulit yang sangat kering dan sensitif, dengan matlamat untuk memperkasakan dan membolehkan si penderita rasa yakin, positif dan bangga dengan kulit mereka.

“Bila kulit saya meragam, kulit akan merekah teruk, dan semua cap jari saya hilang. Keadaan memang meresahkan hati.” Michelle, yang dibelenggu masalah kulit sangat kering dan sensitif. Wanita seperti Michelle yang mempunyai kulit sangat kering dan sensitif memerlukan belaian dan penjagaan kulit yang jauh lebih rapi.

Dianggarkan seorang daripada lima individu rakyat Malaysia hidup dengan keadaan kulit yang sangat kering. Dengan gaya hidup masa kini yang semakin sibuk dan pendedahan kepada perubahan suhu dan kelembapan, semakin ramai orang terjejas.



Dr Irene Lee Chew Kek, Pakar Perunding Dermatologi, Hospital Pantai Cheras, menjelaskan, “Kulit kering kekurangan lembapan dalam stratum korneum – lapisan luar kulit, dan ia boleh dikaitkan dengan kehilangan air daripada lapisan ini. Biasanya, pelembapan adalah cukup untuk membetulkan kulit dan membantu memulihkan fungsi normal rintangan kulit. Bagaimanapun, dalam keadaan kulit yang sangat kering, stratum korneum tidak berfungsi dan tidak dapat memperbaiki sendiri, lantas mengakibatkan kulit merekah, gatal dan pedih.”

“Oleh yang demikian, keadaan ini akan berterusan dan berlarutan. Penghidapnya belajar untuk “menguruskan” gejala-gejala mereka, bukan menyembuhkannya, dan berusaha mengelakkan situasi yang boleh memburukkan lagi keadaan seperti kepanasan atau sesetengah makanan, dan cuba menyembunyikan keadaan mereka daripada orang lain,” tambah Dr Irene.

“Setiap hari saya perlu jumpa pelanggan, dengan keadaan kulit saya yang terdedah, dan saya mendapat tatapan – pandangan mereka terpaku ke arah saya.” Charlene, menghadapi masalah kulit sangat kering dan sensitif.

Selain gejala fizikal, kulit kering juga boleh menjejaskan emosi, meningkatkan perasaan malu, kurang selesa dan keresahan apabila berhadapan dengan orang lain – walaupun apabila gejala mereka tidak dapat dilihat.

Meskipun kelaziman keadaan kulit ini, ia kurang mendapat perwakilan di media, yang boleh menyebabkan rasa malu dan pengasingan untuk penderita. Cathie Wu, Pakar Perunding Psikologi, Abri Integrated Mental Health, berkata, “Terdapat hubung kait yang jelas antara kesihatan mental individu dan keadaan fizikal kulit mereka – hubung kait kulit-minda - apa yang anda rasa boleh menjejaskan kulit anda dan begitu juga sebaliknya.

Dengan tumpuan kepada mereka yang menghadapi masalah kulit dan juga masalah itu sendiri, kita perlu membantu wanita yang dibelenggu masalah kulit merasa gembira dan yakin dengan kulit mereka.”

Sebagai pelopor revolusi pembersihan secara lembut sejak 60 tahun dahulu, Dove terus merintis jalan dalam kepakaran penjagaan kulit dengan pelancaran produk yang dicipta eksklusif untuk kulit sangat kering dan sensitif, yang bertujuan untuk menyuntik keyakinan dalam kalangan penghidap agar mereka boleh berbangga dengan kecantikan kulit mereka.



Dove DermaSeries sama sekali tidak menimbulkan alahan dan tidak mengandungi wangian, membolehkan proses semula jadi kulit sendiri untuk membantu memulihkan, melembapkan dan menyihatkan kulit kering, menerusi penjagaan kulit yang lebih baik.

Koleksi Dove DermaSeries membawakan empat produk khusus untuk keperluan kulit kering dan sensitif: basuh badan, losen badan, krim tangan dan salap pemulihan. Pembersih Dove DermaSeries melindungi stratum korneum, membolehkan kulit membina semula rintangan lipid dan mengurangkan kehilangan lembapan, manakala pelembap pula bukan sahaja melembapkan dan melindungi kurang kering, tetapi juga mengaktifkan PPAR – sejenis protein yang terdapat dalam kulit – untuk menyihatkan semula lipid kulit.

Bukan seperti rawatan kulit lain, yang selalunya berat dan boleh menjadikan pengguna terasa lebih tidak selesa, rangkaian Dove DermaSeries baharu membawa sentuhan kelembutan dan penjagaan ke tahap baharu dengan tekstur halus untuk melegakan kerengsaan kulit.

Dengan menggabungkan keberkesanan klinikal yang cemerlang dengan faedah sensorial, koleksi ini memberikan penjagaan kulit yang berkesan dan kelegaan bagi individu dengan keadaan ini.

Tati Lindenberg, Pengarah Jenama Global, Dove DermaSeries, Unilever, berkata, “Korelasi antara kebimbangan dan kulit yang sangat kering adalah isu yang sangat diabaikan dalam industri kecantikan, dengan produk yang ditumpukan hanya pada permukaan, bukannya orang yang merasai kesannya. Dengan pelancaran Dove DermaSeries, kami berusaha untuk mengubah cara individu yang hidup dengan keadaan kulit kering menjaga kulit mereka; dengan menggabungkan teknologi penjagaan kulit yang canggih dengan belas kasihan kepada keperluan rakyat, kita boleh menggalakkan wanita berasa yakin, positif dan bangga dengan kulit yang mereka ada.

"Untuk meneruskan komitmennya kepada kecantikan semula jadi, pelancaran Dove DermaSeries diiringi kempen terbaru Dove, “Make peace with dry skin”, satu inisiatif untuk meraikan wanita yang hidup dengan keadaan kulit kering.

Kempen ini bertujuan untuk menangani cabaran sosial yang dihadapi oleh individu dengan keadaan kulit yang sangat kering, seperti kesalahpahaman umum bahawa keadaan kulit menular, dan tindak balas negatif orang lain terhadap gejala mereka yang boleh dilihat.

Kempen Malaysia diterajui oleh tiga wanita sejati – Charlene, Farah dan Michelle – yang berkongsi perjalanan hidup mereka yang unik dan bermakna untuk mencapai keyakinan diri dengan kulit mereka. Cerita mereka menerokai cabaran peribadi dan pencetus fizikal apabila hidup dengan keadaan kulit yang kering, di samping mengenal pasti peranan beberapa faktor seperti sokongan keluarga, sikap positif dan keazaman terhadap mencapai perdamaian dengan kulit mereka, sebagai inspirasi kepada mereka yang mengalami keadaan yang sama.

Selain bertindak sebagai satu suara individu yang hidup dengan keadaan kulit kering, tiga wanita ini juga mencerminkan wajah sebenar pengguna koleksi Dove DermaSeries, menghidupkan harapan dan kepercayaan bahawa semua kulit boleh menjadi cantik.

“Kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan Charlene, Farah dan Michelle dalam misi kami untuk membawa transformasi terhadap cara keadaan kulit kering dilihat. Dengan tumpuan kepada kecantikan semula jadi dan wanita sejati di Malaysia, kami berharap untuk memperkasakan wanita yang mempunyai masalah kulit sangat kering untuk berdamai dengan kulit mereka,” kata Tati.

“Usah bandingkan diri anda dengan orang lain. Sekarang, bila kulit saya meragam, saya pulihkan keadaan dengan keyakinan.” Farah, yang menghadapi masalah kulit yang sangat kering dan sensitif.

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi Dove DermaSeries dan kempen “Make peace with dry skin”, sila ke laman http://www.dove.com/my/collections/dermaseries.html.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING