ETIQA RAIKAN ULANGTAHUN KE-10 DENGAN FUN FEST



Bersempena sambutan ulangtahunnya yang ke-10, Etiqa menganjurkan Etiqa Fun Fest, sebuah program yang diisi dengan aktiviti-aktiviti menarik serta hiburan untuk seisi keluarga.

Etiqa Fun Fest adalah gabungan konsert percuma, 5km Fun Run dan karnival yang bertempat di Setia City Park pada 18 Ogos 2018, dari jam 7.30 pagi hingga 12 tengahari.

Barisan artis terkenal seperti Dato’ Zainal Abidin, Dato’ Afdlin Shauki, Altimet dan Chelsia Ng, akan menghangatkan konsert yang bakal dibanjiri oleh rakan kongsi, para pelanggan dan keluarga mereka pada hari sambutan yang istimewa ini.

Selebriti kecergasan popular, Nana Al Haleq akan memimpin sesi Zumba, pada masa yang sama pengunjung berpeluang bertemu dengan pengacara televisyen terkenal, Awal Ashaari semasa di 5km Fun Run!



Larian menarik ini direka dengan beberapa perhentian bagi mengambil swafoto untuk seisi keluarga. Hasil sumbangan yang dikutip daripada Fun Run ini akan disalurkan kepada badan amal yang terpilih.

Sebagai tambahan kepada larian yang diadakan, karnival ini juga menawarkan aktiviti percuma untuk golongan kanak-kanak juga dewasa. Kanak-kanak akan dihiburkan dengan persembahan daripada Didi & Friends dan Pikachu, manakala untuk golongan dewasa, terdapat juga permainan Play Station 4 Virtual Reality, tunggangan lembu mekanikal serta Human Jenga.

“Etiqa Fun Fest merupakan tanda penghargaan kami buat rakan kongsi dan pelanggan yang setia selama ini dalam memberi sokongan yang berterusan. Sebagai syarikat insurans tempatan yang terbesar di Malaysia, Etiqa telah berkembang dengan pesat sedekad ini. Pada tahun lepas, Etiqa telah mencatat keuntungan luar biasa sebelum cukai melebihi RM1 billion. Sehingga kini, dengan aset bernilai lebih daripada RM30 billion, pelanggan kami telah berkembang dari tahun ke tahun, ini menunjukkan pertumbuhan kukuh yang berterusan Etiqa dalam industri insurans,” kata Kamaludin Ahmad, Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif, Insurans & Takaful.

Sebagai laman insurans yang paling dilawati di Malaysia, pencapaian alam maya Etiqa merupakan teras kejayaan kami kerana kini pelanggan dapat membuat carian melalui laman sesawang yang mesra pengguna, aplikasi yang mudah dimuat turun serta menyemak status tuntutan diatas talian. Dengan ini, Etiqa terus berusaha memastikan pengalaman pelanggan yang Fast & Easy.

“Dengan kemahiran yang dimiliki, kami berharap untuk terus membina rangkaian yang mudah dan lancar. Kami mengalu-alukan kehadiran semua rakan kongsi Etiqa, pelanggan serta orang awam untuk bersama-sama meraikan pencapaian terbesar ini,” tambah beliau.




Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Etiqa Fun Fest, sila kunjungi www.etiqa.com.my/FunFest.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?