ACARA "FISHING FRENZY" DI SUNWAY LAGOON


Kira-kira 80 pemancing menyertai acara “kegilaan memancing” di Taman Tema Sunway Lagoon Sabtu lalu untuk menyokong aktiviti pemuliharaan akuatik sambil bergembira.


Acara memancing dalam bandar ini adalah satu aktiviti yang practikal anjuran Sunway Lagoon untuk menjaga ekosistem tempatan, sejajar dengan matlamat kelestarian alam Bangsa-bangsa Bersatu yang meliputi hidupan air (Life Under Water).


 Acara “Fishing Frenzy” ini adalah suatu aktiviti yang dilakukan untuk menempat-semula ikan-ikan dengan tujuan mengurangkan sisa-sisa buangan organik di dalam air dan seterusnya menjaga keseimbangan ekosistem akuatik.


Kepakaran tentang penempatan-semula ikan-ikan diberikan oleh majalah Pancing dan telah diuji sebelum acara ini dimulakan.


Semua ikan yang ditangkap melalui aktiviti memancing "Fishing Frenzy" telah dilepaskan semula ke Sunway South Quay selepas acara tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

FESTIVAL RAIN RAVE 2026 CATAT KEJAYAAN LUAR BIASA; SATUKAN TUJUH NEGERI DALAM SAMBUTAN BUDAYA DAN MUZIK ANTARABANGSA

POSTER RASMI KONSPIRASI KINI MENEMUI PENONTON, MENAMPILKAN VISUAL BERANI YANG CUKUP UNTUK MEMBERI BAYANGAN KONFLIK BESAR YANG BAKAL TERCETUS!

ALPHA JADI WAKIL MALAYSIA DI MUSIC AWARDS JAPAN 2026