GSC LANCAR FESTIVAL FILEM VIETNAM 2018

 (Dari Kiri) Mr Irving Chee (General Manager, GSC), Mr Lim Soon Huat (Managing Director, PPB Group), Mr Nguyen Anh Duc (Counselor of the Embassy of the Republic of Vietnam), Ms Koh Mei Lee (CEO of GSC), Ms Dinh Thi Thanh Huong (CEO of Galaxy Media & Entertainment), Mr Heng Beng Fatt (Deputy General Manager, GSC) 

Golden Screen Cinemas (GSC) melancarkan buat julung-julung kali, Festival Filem Vietnam (Vietnamese Film Festival/VFF) di GSC Pavilion KL. Festival filem yang berlangsung selama seminggu bakal menampilkan lima filem Vietnam yang hebat untuk tontonan awam di beberapa lokasi GSC di Semenanjung Malaysia.

VFF bakal berlangsung pada 23 sehingga 29 Ogos 2018, sempena Hari Kemerdekaan Vietnam pada 2 September.


Lima filem Vietnam yang bakal ditayangkan adalah “100 Days of Sunshine”, “798Ten”, “Hello Vietnam!”, “She’s the Boss”, dan“Yellow Flowers on the Green Grass”.







Tayangan bakal dilangsungkan secara eksklusif di GSC Pavilion KL; GSC Mid Valley Megamall, GSC 1 Utama; GSC Paradigm JB and GSC Gurney Plaza Penang.

VFF 2018 ditaja oleh AirAsia, Posh Nail Spa, dan Super Saigon, manakala Cinema Online adalah rakan media rasmi. Penajaan tersebut membolehkan pembeli tiket di kaunter Box Office menerima baucer diskaun 20% untuk Posh Nail Spa, baucer RM10 untuk makanan dan minuman di Super Saigon. Baucer adalah terhad dan sah sementara stok masih ada.

Pembeli dua (2) tiket VFF 2018 juga berpeluang untuk menyertai peraduan “Fly Me to Vietnam” dengan menjawab dua soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan kreatif. Hadiah tajaan AirAsia adalah tiket penerbangan ke Nha Trang, Hanoi, dan Saigon. Tambahan pula, terdapat banyak lagi hadiah yang boleh dimenangi termasuk tiket-tiket wayang di Gold and Premiere Class!

Tiket berharga RM10 dan dijual mulai 17 Ogos 2018.

Untuk maklumat lanjut tentang Vietnamese Film Festival, sila layari http://bit.ly/2018VFF atau gunakan tanda pagar #GSCVFF18.


Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

BUKAN SEKADAR HIBURAN, FILEM "MEREKA YANG TERTEWAS' MENGAJAK PENONTON MERENUNG MAKNA KEHIDUPAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.