HARI SARAPAN MALAYSIA MILO MENUTUP TIRAI DI PUTRAJAYA


Putrajaya, 12 Ogos 2018 - Akhirnya, acara kemuncak Hari Sarapan Malaysia MILO® 2018 telah berlangsung selama dua hari di Dataran Putrajaya Presint 3.


Kempen jelajah ini telah menyampaikan mesej mengenai kepentingan sarapan pagi yang sihat dan seimbang serta amalan gaya hidup yang aktif kepada lebih 88,000 individu di seluruh tanah air.

Berikutan sambutan memberangsangkan di Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan, Penang, Johor Bahru dan Kota Bharu, acara kemuncak selama dua hari di Putrajaya ini turut menyaksikan penyertaan yang tidak kurang hebatnya, iaitu 46,000 orang peserta.


Aktiviti yang paling menarik perhatian ramai merupakan larian santai yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu 5km dan 3km. Ia dimulakan secara rasminya oleh Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad. Larian Hari Sarapan Malaysia MILO® kini telah memasuki tahun keenam penganjurannya, dan kembali dengan satu misi yang mulia.

Bagi jualan setiap tiket acara larian Hari Sarapan Malaysia MILO® di ketujuh-tujuh lokasi kempen ini, sebanyak RM5 akan disalurkan kepada penajaan sarapan bagi keluarga yang kurang bernasib baik di seluruh tanah air.

MILO® akan menggunakan RM300,000 yang telah dikumpul untuk membekalkan sarapan pagi kepada keluarga yang memerlukan melalui gandingan dengan Food Aid Foundation, sebuah organisasi bukan kerajaan tempatan.


“Hari Sarapan Malaysia MILO® tahun ini adalah paling besar setakat kini, dan kami teruja menyaksikan begitu ramai rakyat Malaysia bukan sahaja menyertai kempen ini, malah telah memberi sokongan padu kepada misi mulia kami. Kami percaya bahawa manfaat sarapan yang seimbang dan berkhasiat harus dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Gandingan kami dengan Food Aid Foundation merupakan lanjutan komitmen kami untuk meningkatkan mutu kehidupan serta melakar masa depan yang lebih sihat bagi semua rakyat Malaysia. Kami percaya bahawa manfaat-manfaat sarapan yang seimbang dan berkhasiat seharusnya dinikmati oleh semua dalam masyarakat. Oleh itu, kami berharap dana RM300,000 yang telah dikumpul dapat meningkatkan mutu kehidupan keluarga yang memerlukan,” kata Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Rick Chee, Pengasas Food Aid Foundation yang hadir untuk menerima derma sarapan pagi oleh MILO® berasa terharu menyaksikan begitu ramai keluarga dan rakan bersama-sama menikmati detik bermakna sambil beramal.

“Food Aid Foundation berbesar hati untuk bekerjasama dengan MILO® dalam inisiatif di seluruh negara ini yang telah berjaya mengumpul jumlah dana yang agak besar. Melalui penyertaan dalam larian ini, peserta telah berpeluang beramal dan membantu membekalkan sarapan berkhasiat kepada ramai keluarga yang memerlukan di seluruh Malaysia.” MILO® terus menerajui kepentingan sarapan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak untuk memberikan permulaan yang hebat untuk menakluki hari.


Kajian menunjukkan badan manusia kehilangan lebih kurang 80% tenaga semasa tidur semalaman1. Ini menunjukkan betapa pentingnya kita menggantikan semula tenaga yang hilang dengan sarapan untuk kekal aktif dan cergas sepanjang hari.

Wong Mei Ching, Pengurus Nutrisi Korporat Kumpulan, Nestlé Products Sdn. Bhd berkata, “Trend rakyat Malaysia tidak mengambil sarapan semakin membimbangkan, ini bermaksud mereka gagal mengganti semula tenaga mereka. Tiada sesiapa antara kami yang mahu menghantar anak-anak ke sekolah dengan hanya 20% tenaga kerana kami akan bimbang sama ada mereka mampu bertahan sepanjang hari dengan baki tenaga ini.”

“Setiap individu sepatutnya mempunyai akses kepada sarapan pagi yang sihat dan seimbang disertakan dengan secawan MILO®. MILO® dengan ACTIV-GO® mengandungi kebaikan semula jadi malt, susu, dan koko. Kombinasi unik PROTOMALT®, pelbagai vitamin dan mineral membantu membebaskan tenaga secara efisyen daripada makanan,” tambah beliau.

Selain acara larian 5km dan 3km, para peserta juga dibekalkan dengan sarapan pagi yang sihat serta MILO®, diikuti dengan pelbagai aktiviti untuk menghiburkan peserta pelari mahupun bukan pelari.


Aktiviti-aktiviti ini termasuklah persembahan parkour, pertandingan futsal 3 vs 3 dan sebagainya untuk menggalakkan semua peserta menjadi aktif. Masterchef dari Malaysia Brian Chen, atau lebih dikenali sebagai Abang Brian, akan menunjukkan kepada semua betapa senangnya kita semua, termasuk kanak-kanak, dapat menyediakan sarapan yang sihat.

Sejak tahun 2013, Hari Sarapan Malaysia MILO® dianjurkan setiap tahun untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan tabiat sarapan yang lebih sihat dan gaya hidup yang lebih aktif. Inisiatif sarapan pagi ini merupakan satu platform di bawah pergerakan Aktif Negaraku yang bermatlamat membantu seramai lima juta rakyat Malaysia memulakan gaya hidup aktif.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Sarapan Malaysia MILO®, sila layari: www.milo.com.my

Comments

Popular Posts