KOLEKSI KAPSUL "MINI FASHION FIELD NOTES" DI KLFW 2018



MINI Malaysia akan menampilkan Koleksi Kapsul terbaharunya yang dinamakan MINI FASHION FIELD NOTES di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW 2018) buat julung kalinya di rantau Asia.

Dirungkaikan baru-baru ini di Pitti Uomo 94 yang telah berlangsung di Itali, iaitu sebuah pameran ikonik terkemuka dunia untuk fesyen lelaki dan gaya hidup, koleksi tersebut merupakan kolaborasi unik antara MINI serta The Woolmark Company, yang merupakan antara jenama terkemuka dalam bidang tekstil dan fesyen.




Etos dan inovasi rekaan kedua-dua jenama ini membuahkan sebuah tarikan yang pintar dan serba emotif bagi individu yang bergelar sebagai “Urban Traveller” – iaitu individu yang mengangap pengembaraan sebagai sebuah perentasan kendiri yang bermula dari satu perasaan, satu budaya, satu perspektif ke suatu tahap yang baharu.



Dengan tema “Transcending Borders”, koleksi pameran terhad 16 bahagian ini menggabungkan usaha kreativiti empat nama menarik dalam dunia fesyen antarabangsa – Liam Hodges (United Kingdom), Staffonly (China), PH5 (Amerika Syarikat) dan Rike Feurstein (Jerman).



Pereka-pereka fesyen yang sedang giat menempah nama ini memetik inspirasi melalui pengalaman pengembaraan mereka sendiri di bandar-bandar yang berlainan di seluruh dunia, lalu menterjemahkan memori peribadi mereka kepada beberapa gubahan fesyen menggunakan benang bulu biri-biri Merino yang berkualiti tinggi.



Saksikan Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES yang akan dipamerkan secara eksklusif di KLFW 2018.

Butiran mengenai pameran ini:
Tarikh : Rabu, 8 Ogos 2018 hingga Ahad, 12 Ogos 2018
Lokasi : Couture Lane, Level 3 (berhampiran Prada-Rolex) Pavilion Kuala Lumpur 168, Jalan Bukit Bintang


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM