OPPO DAN TV3 ANJUR BERSAMA KONSERT HAVOOC



OPPO Malaysia dan TV3 Malaysia bakal menganjurkan secara bersama sebuah konsert pada 26 Ogos 2018 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Konsert HaVOOC ini bakal menampilkan artis-artis hebat tanahair seperti Ayda Jebat, Khai Bahar, Zahirah Macwilson dan ramai lagi. Konsert ini dibawakan oleh OPPO sempena ketibaan OPPO F9 di pasaran Malaysia.



Konsert tersebut bakal dihoskan oleh Elfira Loy dan Issey. Para selebriti akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team VOOC dan Team Color. Artist dalam Team VOOC adalah Ayda Jebat, Achey Bocey, Aiman TIno dan Nabila Razali; manakala Team Color akan disertai oleh Khai Bahar, Mark Adam, Ernie Zakri dan Kaka Azraf.

Bagi memeriahkan lagi konsert tersebut, dua tetamu undangan khas, Saharul Ridzwan dan Zahirah Macwilson bakal membuat penampilan istinewa di sana kelak.

Kedua-dua kumpulan selebriti bakal beradu bakat mereka di atas pentas. Para peminat boleh mengundi team kegemaran mereka melalui laman web dan empat telefon bimbit OPPO F9 bakal dihadiahkan kepada pengundi yang bertuah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.oppomalaysia.com/konserthavooc/

OPPO Official Website: https://www.oppo.com/my/index.html
Facebook Page: https://www.facebook.com/malaysiaoppo/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING