PENSONIC LANCAR PEMBUAT MI & PASTA AUTOMATIK



Pensonic Noodle House adalah impian yang menjadi kenyataan untuk setiap penggemar mi dan pasta. Pembuat mi dan pasta automatik yang mesra pengguna ini menghasilkan mi yang anjal dan pasta yang cantik dalam masa yang singkat!

Tambahkan buah dan jus sayuran seperti labu, lobak merah, tomato atau ubi ‘beetroot’ ke dalam tepung bebas gluten, protin tinggi atau tepung pilihan anda untuk menyediakan mi dan pasta mengikut kesesuaian anda yang beraneka warna, perisa dan lazat.

Mereka yang mengutamakan kesihatan dan pemakan yang memilih, terutama kanak-kanak, akan turut menggemari pelbagai warna dan rasa mi dan pasta yang boleh dibuat mengikut kesesuaian individu dengan menggunakan Pensonic Noodle House.



Dengan adanya butang automatik satu sentuhan dengan motor yang kuat tetapi senyap, yang dapat mengadun, menguli serta menekan keluar adunan doh dengan cepat, sesiapa pun boleh menjadi pakar membuat mi dan pasta segar hanya dengan menukar bahan-bahannya sedikit.

Pengulian cepat 3 minit Pensonic Noodle House sudah pasti menjadikan pembuatan mi dan pasta bebas pengawet dan bebas gluten satu perkara yang mudah. Seperti masakan ibu yang memang sedap berbanding dengan makanan yang dibeli dari kedai, mi dan pasta segar yang dibuat menggunakan Pensonic Noodle House lebih sedap, berperisa, bebas pengawet dan berkhasiat jika dibandingkan dengan mi dan pasta dari kilang.

Saiz Pensonic Noodle House yang padat membolehkannya diletak di atas permukaan kabinet dapur dan ia disertakan dengan 13 pembentuk untuk memberikan anda pelbagai pilihan. Pembentuk-pembentuk Pensonic Noodle House ialah Large Fettuccine, Medium Fettuccine, Small Fettuccine, Thick Spaghetti, Thin Spaghetti, Ultra Thin Spaghetti, Udon, Macaroni, Triangular, Open Macaroni, Sliced Noodle, Ultra Thick Spaghetti dan Dumpling Wrapper.

Jika anda berminat memasak, anda boleh mendapatkan resipi-resipi mi dan pasta di Pensonic Kitchen Facebook.

Terdapat berbagai-bagai resipi mi dan pasta yang menyelerakan dan mudah disediakan di Facebook Pensonic Kitchen.




Walaupun Pensonic Noodle House menjadikan proses membuat mi dan pasta semudah ABC, satu faktor penting yang mempengaruhi kejayaan mi atau pasta ialah kuantiti bahan-bahan. Oleh itu, kami juga memberi satu Penimbang Digital Dapur percuma untuk setiap pembelian Pensonic Noodle House, hanya untuk masa terhad sahaja.

Alat pembersihan yang berfungsi sebagai pemotong, bekas penyukat air dan tepung juga disertakan bersama Pensonic Noodle House. Kelebihan mi dan pasta yang dibuat di rumah ialah tekstur doh yang kasar sedikit berbanding dengan mi dan pasta yang dibeli dari kedai.

Tekstur doh yang kasar ini membolehkan sos melekat pada permukaan mi dan pasta, menjadikannya lebih sedap dan lazat! Kebanyakan mi dan pasta yang dibeli dari kedai mempunyai permukaan yang licin, oleh itu sos tidak melekat dan tertinggal di atas mangkuk.

Satu lagi perkara yang baik mengenai Pensonic Noodle Maker ialah tepung untuk mi atau pasta boleh ditukar mengikut citarasa dan keperluan kesihatan anda. Anda boleh menggunakan tepung protin tinggi atau bebas gluten, menambahkan telur, jus buah atau sayur kegemaran anda mengikut keinginan anda. Juga, anda pasti mi dan pasta yang dibuat oleh anda sendiri tiada bahan pengawet, perasa atau warna tiruan, dan jika anda mengamalkan pemakanan bebas gluten, anda akan pasti bahawa mi atau pasta anda tiada gluten kerana anda sendiri yang menghasilkan mi atau pasta ini.

Sudah membuat terlalu banyak mi atau pasta? Jangan bimbang - hanya bekukan mi dan pasta untuk kegunaan di masa hadapan. Jika anda ingin membeli Pensonic Noodle House, anda boleh mendapatkannya dari Pensonic e-store. Anda akan mendapat diskaun yang hebat dan penimbang digital dapur edisi terhad.

Kesemua 13 pembentuk disertakan percuma bersama pembuat mi ini. Anda tidak perlu menjadi chef yang pakar untuk membuat mi dan pasta yang menyelerakan.

Anda mempunyai pilihan membuat mi dan pasta yang berlainan untuk dimasak dan dinikmati di rumah. Kanak-kanak pun akan menggemari pembuat mi ini kerana ia sungguh mudah digunakan oleh kanak-kanak jika mereka diawasi oleh orang yang bertanggungjawab.

Dengan pelbagai kebaikan seperti yang disebutkan, bukankah mudah untuk menggemari Pensonic Noodle House?

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING