“REAL BEAUTY” DOVE MAJU SETAPAK LAGI KE HADAPAN



Dove menggerakkan kempen “Real Beauty” setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran beberapa inisiatif penting tahun ini iaitu filem kempen #BeautyUnitesUs yang memaparkan kepelbagaian kecantikan wanita Malaysia; gerakan media sosial untuk berkongsi tentang teman rapat mereka yang cantik; dan memperkenalkan label ‘No Digital Distortion’ bagi menghapuskan manipulasi digital dalam semua iklannya di seluruh dunia.

Laporan Kecantikan dan Keyakinan Global Dove (2017) menunjukkan bahawa wanita di seluruh dunia tidak lagi mempercayai apa yang mereka saksikan. Tujuh daripada sepuluh gadis percaya bahawa semua imej yang dipaparkan di dalam media telah diubah atau dimanipulasi secara digital. Malah, ketujuh-tujuh gadis berkenaan menganggap terlalu banyak penekanan diberikan terhadap kecantikan sebagai sumber kebahagian.

Ia disebabkan oleh tekanan daripada agensi pengiklanan serta media yang menetapkan standard kecantikan yang tidak realistik sehingga menjejaskan keyakinan diri seseorang itu.

Dove sedang berusaha untuk mengubah statistik berkenaan dengan mengambil satu lagi langkah untuk memastikan kecantikan sebenar menjadi sumber keyakinan untuk semua gadis tidak kira di mana mereka berada.

Dove Malaysia turut berikrar untuk berbuat demikian dengan melancarkan kempen #BeautyUnitesUs pada tahun ini dan menampilkan para wanita dari segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Kebanyakan wanita-wanita berkenaan dipilih berdasarkan gambar terbaik mereka, yang menggambarkan kecantikan sebenar, di dalam kempen #IamRealBeauty pada tahun lalu. Wanita Malaysia kini semakin yakin untuk tampil ke hadapan serta menunjukkan kecantikan mereka yang sebenar dan Dove akan terus memperjuangkan gerakan yang indah itu.

Sejajar dengan itu, pada tahun ini Dove ingin mengajak wanita Malaysia untuk berkongsi gambar mereka bersama-sama dengan teman rapat di dalam media sosial dan menyatakan kecantikan teman rapat mereka , kerana #BeautyUnitesUs.

Dove Malaysia juga akan memperkenalkan label ‘No Digital Distortion’ ke atas semua kandungan iklannya bagi menunjukkan bahawa imej yang ditunjukkan tidak dimanipulasi secara digital.

Label berkenaan akan digunakan dalam semua kandungan statik jenama berkenaan yang mempamerkan gambar seseorang itu, merentasi semua iklan bercetak, di luar serta di dalam kedai, digital dan sosial. Inisiatif berkenaan mengukuhkan lagi komitmen Dove terhadap keyakinannya untuk memaparkan gambaran wanita yang 100% tepat serta tulen, sebagaimana yang dapat kita lihat di dalam kehidupan yang sebenar.

Pada masa seperti sekarang, di mana terdapat banyak media yang memberikan penekanan terhadap rupa paras semata-mata, adalah amat penting bagi wanita untuk saling menaikkan semangat serta memperkasakan antara satu sama lain supaya yakin dengan rupa paras kita.

Kita perlu sentiasa ingat bahawa untuk memecahkan stereotaip, kita perlu bersatu dan meraikan kepelbagaian kecantikan, terutama sekali di dalam negara yang unik seperti negara kita ini. Dove berharap agar inisiatif berkenaan mampu memberikan inspirasi kepada lebih ramai lagi wanita Malaysia untuk menghargai kecantikan sebenar mereka dan sentiasa yakin bahawa kecantikan benar-benar boleh menyatukan kita semua.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.youtube.com/user/dovemalaysia/videos dan https://www.facebook.com/DoveMalaysia/.

Ikrar ‘No Digital Distortion’ 
Dove Label ‘No Digital Distortion’ Dove akan mengukuhkan lagi komitmen Dove terhadap keyakinannya untuk hanya memaparkan gambaran manusia yang tepat dan tulen, memaparkan mereka sama seperti dalam kehidupan sebenar.

Matlamat Dove adalah untuk membantu para wanita serta gadis menelusuri lanskap media, memaklumkan kepada mereka bahawa imej yang mereka saksikan tidak dimanipulasi bagi menunjukkan apa itu maksud kecantikan sebenar dan apa yang tidak.

Pelancaran label ‘No Digital Distortion’ Dove merupakan satu lagi langkah dalam usaha memastikan kecantikan menjadi sumber keyakinan dan bukannya sumber kebimbangan.

Ikrar Real Beauty Dove
Usaha menampilkan wanita sebenar dalam kempen pengiklanannya ialah satu daripada janji yang membentuk Ikrar Real Beauty Dove yang diumumkan awal tahun ini.

Ikrar Real Beauty Dove adalah komitmen kami bagi memaparkan kecantikan sebenar, yang merangkumi tiga janji kami untuk menghargai wanita di mana-mana sahaja; untuk tidak menggunakan model dalam kempen, untuk sentiasa memperagakan wanita seadanya dan untuk berusaha memberi keyakinan wanita dengan tubuh badan mereka.

Itulah sebabnya kami ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak hanya ada satu wajah kecantikan – malahan berjuta.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!