SAMSUNG GALAXY NOTE9 KINI DI MALAYSIA


Khas untuk mereka yang sedia mencabar and bercita-cita tinggi! Peranti mercu terbaru Samsung, Galaxy Note9, kini telah tiba di Malaysia. Keterujaan jelas ketara di Arena Axiata, Bukit Jalil, di mana 2,000 orang hadir untuk menyaksikan pelancaran terbesar dan terunggul untuk telefon pintar Samsung.

Dengan peningkatan yang menonjolkan berbanding dengan model sebelum ini, Galaxy Note9 merupakan ‘kuasa besar’ di kalangan model-model lain di arena telefon pintar. “Galaxy Note9 menggabungkan kuasa, produktiviti, ketahanan yang unggul, serta hiburan di dalam sebuah peranti.

"Dengan ciri-ciri pertahanan keselamatan yang kuat, peranti terbaru ini memenuhi setiap keperluan yang diingini. Para pengguna kini sentiasa mencari telefon pintar yang berupaya melakukan segalanya – dari merakam gambar yang hebat, sehingga pengalaman permainan yang lancar, serta membuat pembentangan. Dengan ini, saya amat besar hati untuk mengumumkan bahawa kini anda mempunyai pilihan yang sempurna dengan Galaxy Note9,” kata Kim Yoon Soo, Presiden Samsung Malaysia Electronics.


Ribuan hadirin telah menyaksikan pelancaran bersejarah Samsung Galaxy Note9 menjadi lebih teruja dengan penampilan K-Tigers, pasukan demo Taekwondo terkemuka dunia yang menambahkan kegamatan suasana. Persembahan mantap seni mempertahankan diri yang digemari di serata dunia ini melambangkan ketangkasan dan kuasa peranti tersebut, yang menjadikan pelancaran tersebut suatu acara yang sukar dilupakan.


Dengan pelancaran Galaxy Note9, Samsung terus mempamerkan legasi siri ini yang semakin digemari para pengguna. Ciri-ciri seperti paparan Infiniti yang besar dan digemari ramai, produktiviti S Pen, dan ekosistem Galaxy, Note9 menawarkan pengalaman pengguna mudah alih secara optimum yang tidak didapati dengan peranti lain.

Prestasi Sepanjang Hari
Pengguna bergantung kepada telefon pintar untuk hampir semua perkara yang mereka lakukan – sepanjang hari, setiap hari. Mereka memerlukan telefon yang dapat terus berfungsi tanpa perlu mencari soket untuk mengecas semula, menghapuskan gambar untuk mendapatkan ruang storan demi menyimpan gambar yang seterusnya, menunggu video mereka dimuat turun sebelum menaiki kapal terbang, atau menghadapi sela waktu ketika dalam permainan.

Mereka memerlukan telefon yang tidak menghampakan mereka, dan Galaxy Note9 boleh melakukannya.

 • Bateri Sepanjang Hari: Galaxy Note9 dilengkapi dengan bateri 4,000mAh, yang merupakan bateri terbesar yang pernah digunakan untuk telefon siri Galaxy di mana memberikan kuasa tahan lama bagi kegunaan sepanjang hari untuk berbual, menghantar pesanan teks, bermain dan menonton filem dari pagi hingga malam.

• Simpan Lebih Banyak, Kurangkan Penghapusan: Galaxy Note9 boleh didapati dengan dua pilihan storan dalaman – pilih antara 128GB atau 512GB. Dengan keupayaan penggunaan kad SD mikro, peranti ini tersedia untuk storan 1TB , yang memberikan pengguna ketenangan fikiran kerana mereka mengetahui bahawa mereka sentiasa mempunyai ruangan yang mencukupi untuk foto, video dan aplikasi kegemaran mereka.

• Kelajuan dan Keupayaan: Galaxy Note9 merupakan telefon pintar berkeupayaan tinggi dengan pemprosesan 10nm yang termaju dan sokongan bagi kelajuan rangkaian terpantas yang terdapat di pasaran (sehingga 1.2 gigabit sesaat) untuk menstrim dan memuat turun tanpa menjejaskan kelajuan.

Peranti ini juga menyertakan sistem Water Carbon Cooling oleh Samsung yang merupakan pelopor dalam industri, dan algoritma pelaras prestasi berasaskan AI pada peranti untuk membawakan prestasi yang bukan sahaja berkeupayaan tinggi tetapi juga stabil.


Evolusi S Pen
S Pen merupakan ciri tersendiri dalam siri Note – yang membolehkan pengguna mencatat nota yang penting, dan membantu Samsung mengembangkan idea tentang perkara yang boleh dibuat oleh telefon pintar.

Bermula dari alat untuk menulis dan melukis, kini ia memberikan lebih keupayaan dan kawalan kepada pengguna. Kini dengan sokongan Bluetooth Low-Energy (BLE), S Pen ini mempersembahkan cara yang serba baru untuk menggunakan Note9 ini.

Dengan hanya satu klik, pengguna kini dapat merakam swafoto dan gambar berkumpulan, membentangkan slaid, menghentikan dan memainkan video, dan banyak fungsi lagi.

Suatu hari nanti, pereka applikasi turut dapat menyepadukan fungsi BLE yang baru dan termaju S Pen ini ke dalam aplikasi masing-masing.

Kamera Pintar yang Menghasilkan Gambar Sempurna
Bukan senangnya untuk mengambil gambar yang kelihatan seperti apa yang dirakam oleh jurugambar profesional – tetapi tidak seharusnya begitu. Galaxy Note9 dihasilkan berasaskan teknologi kamera Samsung yang merupakan pelopor industri dengan keupayaan baru yang memudahkan penghasilan gambar yang sempurna.

 • Pengoptimum Latar Belakang: Kamera Galaxy Note9 merupakan kamera yang paling pintar dihasilkan oleh Samsung setakat ini. Ia menggunakan kepintaran untuk mengenal pasti elemen-elemen foto, seperti latar belakang dan subjek, diklasifikasi secara automatik dari salah satu daripada 20 kategori dan seterusnya dioptimakan secara serta-merta. Hasilnya, imej yang mengagumkan dan tampak hidup dengan warna-warna yang terang dan kejelasan yang dinamik.

• Pengesan Cela: Gambar yang dirakam pada kali pertama kadangkala hasilnya tidak seperti yang diharapkan, tetapi Galaxy Note9 akan mengingatkan pengguna sekiranya ada yang tidak kena supaya mereka boleh merakam gambar lain tanpa membiarkan detik tersebut berlalu begitu saja. Notifikasi serta-merta akan muncul sekiranya imej kabur, mata subjek tertutup, terdapat kesan kotoran pada lensa, atau terdapat pencahayaan belakang yang menjejaskan kualiti imej.

• Kamera Premium: Dengan kombinasi unik ciri-ciri pintar yang termaju dan perkakasan pelopor premium, kamera Galaxy Note9 adalah yang terbaik di pasaran. Ia didatangkan dengan teknologi pengurangan gangguan yang termaju dan lensa Dual Aperture , yang melaraskan kepada cahaya seperti mata manusia. Kamera Galaxy Note9 yang termaju ini menghasilkan gambar yang amat jelas tanpa kira keadaan pencahayaan di sekelilingnya.

Pengalaman Premium: Birapun Bekerja mahupun Bermain
Paparan Infinity Display merupakan elemen asas dalam warisan reka bentuk Samsung, dan Galaxy Note9 mempunyai paparan dari pinggir ke pinggir yang terbesar yang pernah dimuatkan pada Note.

Super AMOLED Infinity Display 6.4 inci membawakan pengalaman multimedia yang benar-benar mengasyikkan. Tambahan pula, Infinity Display Galaxy Note9 turut dilengkapi dengan pembesar suara stereo dengan penalaan oleh AKG, yang dapat membawakan audio Dolby Atmos® yang mengasyikkan untuk pengalaman yang seakan-akan hidup.

Peranti ini juga membawakan video mudah alih dengan paparan dan bunyi yang lebih baik. YouTube telah menamakan Galaxy Note9 sebagai Signature Device, yang berupaya membawakan pengalaman YouTube yang terbaik dalam tahap kelasnya. Galaxy Note9 juga membawakan pengalaman seumpama PC dengan Samsung DeX.

Pengguna boleh membuat pembentangan, mengedit foto, dan menonton rancangan kegemaran mereka pada skrin besar; segalanya dari telefon mereka melalui Samsung DeX dengan adapter HDMI yang mudah dibawa ke mana saja .
Apabila disambungkan kepada monitor, Galaxy Note9 dapat berfungsi sebagai komputer meja maya dan menjadi skrin kedua dengan sepenuhnya. Sama ada membuat catatan dengan S Pen sambil menonton video, mahupun gunakan Galaxy Note9 sebagai trackpad untuk klik kanan, geser dan lepas, dan guna berbilang tetingkap pada monitor.

Anda tentunya tidak pernah menjadi lebih produktif semudah sebegini. 

Melangkaui Galaxy
Teknologi premium Galaxy yang standard dilengkapi dengan Note9: pengecasan pantas tanpa wayar, IP68 kalis ar dan habuk dan perkhidmatan Samsung seperti Samsung Health dan Samsung Pay.

Di samping itu, Galaxy Note9 menampilkan platform keselamatan Knox bertaraf pertahanan yang diyakini dari Samsung serta pilihan keselamatan biometrik termasuklah imbasan cap jari, imbasan iris, dan keupayaan pengecaman wajah untuk memastikan keselamatan maklumat penting.

Peranti kebanggaan Samsung yang terbaru ini merupakan portal kepada ekosistem peranti dan perkhidmatan Samsung yang lengkap yang membawakan pelbagai kemungkinan kepada pengguna. Contohnya, gunakan Galaxy Note9 dan SmartThings untuk mengawal peranti yang tersambung, atau gunakan Bixby , pembantu pintar yang disesuaikan mengikut pengguna untuk melakukan lebih banyak lagi.

Juga dengan pelancaran Galaxy Note9, muzik dapat dinikmati dengan lebih mudah dengan Spotify , rakan niaga jangka panjang Samsung yang baru. Ini menjadikan Spotify lebih mudah diakses untuk menyelaraskan dan memindahkan muzik, playlist, dan podcast dengan lancar pada Galaxy Note9, Galaxy Watch, dan produk Smart TV.


Samsung Galaxy Note9 akan berada di pasaran bermula 24 Ogos 2018 di Malaysia, pada harga yang disyorkan iaitu RM3,699 dan RM4,599 bagi model 128GB dan 512GB.

Peranti ini akan didatangkan dalam warna Midnight Black dan Metallic Copper dengan warna S Pen yang sepadan, dan Ocean Blue dengan S Pen berwarna kuning.

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Note9, sila layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note9/.  

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI