SOROTAN KEDAH FASHION WEEK MODESTYLE 2018
Selesai sudah Kedah Fashion Week (KFW) adalah satu acara tahunan gemilang bagi meraikan fesyen, trend dan couture, yang dilangsungkan di Aman Central, Alor Setar sejak tahun 2016 lagi. Acara fesyen tiga hari menghimpunkan pereka-pereka luar dan dalam negara, influencer fesyen tanahair serta selebriti pada 6 sehingga 8 Julai lalu..
Antara pereka tempatan dan antarabangsa yang telah mengambil bahagian dalam acara fesyen gilang-gemilang di Utara adalah Merlin Yuwita, Faranak Masihpour, Calvin Thoo, Bill Keith, Elurun Rashid, Yani Bakhtiar, Hafiz Carson, Irie Mohamad and Jimiey Whang, Amar Madfie and Zeed Jamel, Wan Anas Lidya Harun and Hasfitri Yusof.
Bertemakan “Modestyle”, KFW juga menjadi satu platform bagi kedai-kedai di Aman Central memperagakan koleksi terbaru mereka. Antara jenama yang bakal mengambil bahagian dalam KFW adalah UNIQLO, Parkson, Pandora, Carlo Rino, Cosas United, Hush Puppies and Obermain. Aman Central turut memperkenalkan dua anugerah baru dalam KFW iaitu (1) Persembahan Fesyen Terbaik (The Best Fashion Presentation Award 2018) dan (2) Koleksi Fesyen Terbaik (Best Fashion Collection Award 2018) untuk pereka-pereka yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Untuk memeriahkan lagi suasana KFW, penghibur-penghibur tersohor tempatan juga bakal berkongsi pentas dengan model-model. Penyanyi Noryn Aziz bakal membuat persembahan di Malam Gala manakala Pemenang Volakis Terbaik Anugerah Juara Lagu-32 (AJL) dan Ernie Zakri bakal menghiburkan para hadirin di ‘Night Out’. Pada malam kemuncak KFW, pemenang AJL-32, Hael Husaini bakal “menjampikan” para undangan dengan lagu-lagu hitsnya.
Para pengunjung Aman Central juga berpeluang untuk beramah mesra dengan ratu-ratu cantik, Debra Jeanne Poh (Miss Grand Malaysia 2018) dan Scarlett Megan Liew (Miss Intercontinental Malaysia 2018) setiap malam.
Tahniah @femagonline ucapkan kepada Aman Central atas kejayaan dalam penganjuran Kedah Fashion Week yang meriah ini!
Jumpa lagi tahun hadapan!
Noryn Aziz |
Ernie Zakri |
Alyah |
Hael Hussaini |
Debra Jeanne Poh (Miss Grand Malaysia 2018) |
Scarlett Megan Liew (Miss Intercontinental Malaysia 2018) |
Hari Pertama - Gala Night |
Hari Kedua - Night Out |
Hari Penutup - Black Carpet Night Out |
Seth & Luna - Best Fashion Collection Award 2018 |
Lidya - The Best Fashion Presentation Award 2018 |
Pemenang Peraduan OOTD Kedah Fashion Week 2018 |
Antara penaja KFW adalah Cindai Mahsuri, Alfian Tailor’s, Mitsubishi Motors, Keriang Hill Resort, Cosas United, Sense3, Valiram, Himalaya, and Barbara Flower Shop. |
Pereka-pereka yang mengambil bahagian dalam Kedah Fashion Week 2018 |
DESIGNERS
Hari Pertama
1) MERLIN YU
2) FARA MAS
3) CALVIN THOO
4) BILL KEITH
Hari Kedia
1) MADOU
2) TUHFAH
3) YANS CREATION
4) CARLSON KL
Hari Ketiga
1) SETH & LUNA
2) AMAZE
3) LIDYA COUTURE
4) HASFITRI YUSOF
TENANT FASHION
1) CARLO RINO
2) HUSH PUPPIES
3) OBERMAIN
3) PANDORA
4) COSAS UNITED
5) PARKSON
6) UNIQLO
HOMEGROWN BRAND
CINDAI MAHSURI
Sila ikuti perkembangan terkini Alam Central melalui https://www.facebook.com/AmanCentralAlorSetar
Comments
Post a Comment