SUNWAY RAIKAN MERDEKA DENGAN KARNIVAL #JOMMALAYSIA



Kumpulan Sunway sedang membuat persiapan bagi menawarkan pengalaman imersif warisan dan budaya negara menerusi karnival #JomMalaysia bersempena dengan Hari Kebangsaan yang bakal tiba. Karnival #JomMalaysia akan berlangsung pada 31 Ogos dan 1 September bermula jam 10 pagi hingga ke 10 malam di perkarangan Sunway Resort Hotel dan Spa, Sunway City.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Datuk Seri Razman M Hashim berkata, karnival ini merupakan sebuah penghargaan kepada kempen 'Sayangi Malaysiaku' yang menawarkan lima ruang pengalaman khusus yang mempamerkan kepelbagaian warisan dan budaya Malaysia.


"Kami berharap ia akan menjadi kenangan yang menggembirakan dan menggamit nostalgia untuk setiap lapisan masyarakat , dan menanam rasa cinta kepada negara ini dengan memupuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai sejarah kita. "Untuk memahami Malaysia adalah dengan mencintai Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lima ruang pengalaman yang bakal disediakan adalah Rasa Malaysia (makanan), Suara Malaysia (Muzik), Budaya Malaysia (tarian), Seni Malaysia (seni dan kraf), dan Permainan Malaysia (permainan).

Di Karnival tersebut, Terowong Evolusi juga bakal dibangunkan bagi membawa pengunjung Karnival merentasi garis masa bersejarah Malaysia. Ruang Rasa Malaysia menghimpunkan pelbagai sajian kampung dan tradisional yang menjadi warisan bangsa. Sebagai pembuka selera, sajian boleh dimulakan dengan nasi kerabu, laksa, rojak dan cendol di ruang Rasa Malaysia.


Snek kegemaran klasik seperti biskut piring, wafer Apollo dengan krim coklat, roti aiskrim, kepingan asam Haw Flakes dan gula-gula White Rabbit juga disediakan dalam mengimbau nostalgia di ruang ini. Peminat tarian kebudayaan boleh berkunjung ke ruang pengalaman Budaya Malaysia di mana penari-penari dari ASWARA Malaysia akan menonjolkan bakat mereka dengan persembahan tarian tradisional.


Para pemuzik yang berbakat dari Malaysian Buskers Club akan turut memeriahkan suasana dengan persembahan lagu-lagu mereka di ruang Suara Malaysia.

Pelawat juga berpeluang mempelajari permainan tradisional Malaysia seperti congkak, batu seremban, teng teng, lompat getah, dan sepak bulu ayam di ruang Permainan Tradisional Malaysia.

Pelbagai kraftangan hasil usahawan-usahawan muda akan dipamerkan di ruang Buatan Malaysia. Di Lorong Warisan yang menampilkan seni bina pra-kemerdekaan Malaysia, pelbagai seni dan kraftangan unik seperti pakaian, aksesori, alat mainan dan barangan rotan akan dipamerkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai karnival, layari jommalaysia.com.my

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM