VIBRANCE MERUNGKAI MASALAH DISFUNGSI PELVIS

Hadir di majlispelancaran Vibrance Pelvic Care Centre adalah jurucakap jemputan, Dr Hoo Mei Lin, Consultant Obstetrician & Gynaecologist, Pakar Kesuburan; Angie Ng Voon Fun, Pelanggan Vibrance Pelvic Care Centre; Teoh Huiyi, co-founder of Vibrance Pelvic Care Centre; Ng Shea Kang, Chief Executive Officer of Vibrance

Disfungsi lantai pelvis ialah ketidakupayaan mengawal kumpulan otot lantai pelvis yang bertindak sebagai anduh bagi menyokong pundi kencing, rektum serta rahim.

Kegagalan merawat disfungsi lantai pelvis boleh mengakibatkan pelbagai isu seperti tidak dapat mengawal pembuangan air kencing, perut buncit, sakit belakang, prolaps organ pelvis dan disfungsi seksual.

Pusat Penjagaan Pelvis Vibrance (VPCC) merupakan pusat yang pertama seumpamanya serta satu-satunya pusat di Malaysia khusus untuk wanita yang mengalami disfungsi lantai pelvis mendapatkan akses kepada khidmat nasihat, penjagaan menyeluruh, pemulihan, fisioterapi serta sokongan.

Terletak di Jalan Maarof, Bangsar, pusat tersebut menawarkan rawatan profesional daripada pakar fisioterapi mengikut keperluan setiap wanita. Proses rawatan yang tidak melibatkan pembedahan boleh membantu memulihkan semula kawalan pundi kencing, kesihatan seksual, melegakan sakit belakang dan mengembalikan bentuk badan.

Kajian Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa satu daripada empat wanita menderita akibat disfungsi lantai pelvis. Namun masih ramai wanita tidak tahu bahawa isu yang dialami oleh mereka berpunca daripada lantai pelvis yang lemah. Mereka juga tidak tahu bahawa masalah berkenaan boleh dirawat sepenuhnya.

“Kami sedar bahawa ramai wanita yang terganggu akibat gejala disfungsi lantai pelvis gagal mengenal pasti punca gejala itu sehingga mengakibatkan mereka mengalami tekanan fizikal dan emosi yang berpanjangan,” kata Pengasas Bersama Vibrance, Teoh Huiyi.

“Vibrance berazam untuk mengubah semua itu. Walaupun kebanyakan wanita berasa malu untuk menyuarakannya, kehadiran kami di sini ialah untuk meyakinkan mereka bahawa mereka tidak berseorangan dalam menghadapi masalah tersebut dan lebih penting lagi ialah ianya boleh dirawat,” tambah beliau lagi.

Lantai pelvis merupakan lapisan otot yang berada di tapak pelvis. Otot tersebut bukan sahaja menyokong bayi semasa dalam kandungan, ia turut mengawal otot sfinkter di bahagian pundi kencing serta dubur, yang membolehkan kita mengawal pembuangan air kencing dan tinja.

Selain itu, lantai pelvis penting untuk fungsi seksual dan bersama-sama membantu otot abdomen serta otot belakang menyokong tulang belakang.

“Ada pelbagai sebab yang boleh mengakibatkan lantai pelvis menjadi lemah. Antara puncanya yang utama ialah mengandung, obesiti, kelahiran anak, penuaan, sembelit serta gaya hidup yang tidak sihat. Walau bagaimanapun, wanita yang mengalami simptom disfungsi lantai pelvis mungkin tidak menyedari puncanya yang sebenar hingga boleh mengakibatkan kesilapan diagnosis serta rawatan. Semua wanita perlu mempelajari tentang otot berkenaan yang memainkan peranan penting dalam tubuh manusia,” tegas Pakar Kesuburan, Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Doktor Hoo Mei Lin yang dijemput memberikan ceramah pada majlis berkenaan.

Vibrance menyediakan khidmat nasihat secara percuma, membolehkan pelanggan berbincang mengenai sejarah kesihatan pelvis mereka dan mengetahui tentang perkhidmatan yang ditawarkan di pusat berkenaan. Penilaian Penuh Pelvis (FPA) akan dilakukan bagi menentukan keadaan klinikal lantai pelvis pelanggan.

Kemudian, program rawatan utama Vibrance iaitu Pelvic 360° akan disesuaikan untuk pelanggan. Ia merupakan pakej terapi pelvis serba lengkap yang menawarkan pelbagai sesi rawatan pelvis tanpa had seperti Terapi Pengaktifan Pelvis (PAT) serta sesi Abdomen, Belakang dan Paha (ABT) hingga pelanggan beroleh hasil yang dikehendaki.

Sesi PAT ialah sesi satu-dengan-satu dikendalikan oleh Pakar Fisioterapi Kesihatan Pelvis Wanita yang memberikan bimbingan secara terperinci bagi memastikan keberkesanan pengaktifan otot lantai pelvis, manakala ABT merupakan sesi senaman berkumpulan yang memberi tumpuan kepada usaha menguatkan otot abdomen, belakang serta paha.

Kunci utama bagi sesi rawatan berkenaan ialah Pelatih Pelvis Vibrance (VPT), sejenis alat yang digunakan untuk melatih otot pelvis yang diluluskan oleh FDA dan terbukti berkesan secara klinikal dapat membantu menguatkan otot lantai pelvis dengan cepat. VPT berfungsi dengan membantu pengguna untuk mengenal pasti dan mencetuskan kumpulan otot yang betul semasa melakukan latihan pelvis.

Ia dilengkapi dengan ciri maklum balas bio yang memberi isyarat hanya apabila otot yang betul diaktifkan, sekali gus memastikan keberkesanan latihan pelvis.

Pusat Penjagaan Pelvis Vibrance terletak di 139, Jalan Maarof, Bangsar dan dibuka pada Isnin hingga Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

Perundingan dan rawatan adalah melalui temu janji sahaja. Untuk maklumat lanjut atau membuat temu janji perundingan, sila hubungi 03 2201 2115.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Pusat Penjagaan Pelvis Vibrance di www.vibrance.com.my atau dapatkan maklumat terkini serta ikuti aktiviti-aktiviti berkaitan pusat berkenaan di https://www.facebook.com/myvibrance

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI