"WHEELY" BAKAL BERLUMBA DI PAWAGAM 16 OGOS



“Wheely” filem animasi, aksi, komedi yang dinantikan ramai telah buat julung kalinya ditayangkan kepada orang awam di Majlis Tayangan Perdana Dunia bertempat di GSC Pavilion dengan kehadiran tetamu kehormat YB Dato’ Ir Amiruddin Bin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

“Wheely” merupakan filem kedua terbitan Kartun Studios (iaitu jenama kandungan kanak-kanak dibawah KRU International) telah memakan masa selama 4 tahun untuk disiapkan. kini membuka era baru bagi industri kandungan kreatif negara ke persada dunia.

 

Selain mengeluarkan versi Bahasa Malaysia dengan bakat suara gabungan mantap Zizan Razak, Johan dan Lisa Surihari, “Wheely” turut diterbitkan didalam Bahasa Inggeris untuk edaran ke luar negara dengan lakonan suara pelakonpelakon dari Malaysia, Amerika Syarikat dan Singapura.





Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, selaku Penerbit Eksekutif filem ini “Kejayaan filem “Wheely” bukan saja berjaya mendapat pra-jualan ke lebih 100 buah negara tetapi yang lebih membanggakan lagi seramai 8 orang alumni dari KRU Academy turut terlibat didalam penerbitan filem bertaraf antarabangsa ini.”

Antara negara yang akan mengedarkan filem ini termasuklah negara-negara besar pengeluar filem seperti Amerika Syarikat, China, Jerman, United Kingdom, Korea Selatan, Rusia dan juga negara-negara yang tidak mungkin kita terfikir sebuah filem dimana majoriti kerja-kerja penerbitan dilakukan di Ipoh, Perak dapat ditayangkan di negara-negara seperti Brazil, Poland, Slovakia, Equador dan Iceland.

”Ini membuktikan filem tempatan juga mempunyai kualiti yang tersendiri dan rakyat Malaysia harus berasa bangga dengan pencapaian ini dan terus pertingkatkan lagi sokongan bagi filem-filem buatan tempatan yang berkualiti dan menghiburkan seperti Wheely.” ujar Norman lagi.

Dato’ Norman Abdul Halim turut menyatakan penghargaan kepada semua karyawan, kakitangan, FINAS bagi rebat produksi, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi kemudahan peralatan, Malaysian Debt Ventures (MDV) bagi pinjaman penerbitan, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi membantu penjadualan tayangan dan Primeworks Studios bagi pemasaran dan pengedaran filem ini di Malaysia.

 

SINOPSIS: Wheely sebuah teksi yang berjiwa pelumba menyimpan hasrat untuk menjadi raja jalanan di Kota Gasket. Semasa bertugas, Wheely terserempak dengan bintang terkenal Itali bernama Bella Di Monetti dan jatuh hati dengan model golongan atasan tersebut yang cantik namun rendah diri. Sering berlumba di jalanan dan dipandang rendah oleh golongan elitis, Wheely dan sahabat baiknya Putt Putt terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah diketuai Kaiser iaitu sebuah treler gergasi yang menculik kenderaan-kenderaan mewah.

Filem ”Wheely” bakal ditayangkan di Malaysia didalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mulai 16 Ogos 2018.

 

Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai “Wheely”, sila “like” Facebook “Wheely The Movie”, “follow” Instragram “wheelymovie” dan “subscribe” You Tube Kartun Studios.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO