5 IDEA PRODUK YANG MENARIK UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA



Baru-baru ini, seorang teman kami telah berkahwin bersama pilihan hatinya, dan walaupun sudah tentu ia adalah hari yang paling bahagia dalam hidupnya, lega hatinya setelah majlis perkahwinannya berakhir dan berjalan dengan lancar.
Memang tidak diragui, perancangan majlis perkahwinan boleh membuat pengantin stres, tetapi jangan risau, mungkin kalau anda terus membaca artikel ini, boleh membantu sedikit!

Kami mungkin tidak dapat membantu mereka pakaian pengantin anda atau merancang majlis perkahwinan seperti yang dilakukan oleh Rekateemor, tetapi kami mungkin boleh memberi idea serba sedikit supaya hari terindah anda sebagai raja sehari berjalan dengan lancar.


Kantung Organza Putih Untuk ‘Door Gift’ 
Setelah perkahwinan ikonik Putera Harry dan Meghan Markle, mungkin anda berfikir untuk mengadakan perkahwinan serba putih yang elegan. Organza putih ini akan menjadi pembungkus ‘door gift’ yang sesuai untuk tetamu anda!



Hantaran 
Untuk pengantin yang mengikuti adat Melayu dan sedang mencari barang-barang hantaran, kami tahu sukar untuk memilih barang hantaran yang tepat, tetapi sekiranya pasangan anda menyukai Durian, bolehlah letak Duria Musang King Mooncake ini di atas dulang hantaran. Produk ini halal dan datang dengan pelbagai perisa termasuk Pandan Durian, White Coffee Durian, Charcoal Durian, Blueberry Cheese Durian, Strawberry Cheese Durian dan Mango Durian!


Gaun Pengiring Pengantin
Memilih gaun pengiring pengantin mungkin salah satu tugas yang paling rumit merancang perkahwinan, tetapi sekarang anda boleh memilih dari pelbagai gaya, warna dan saiz, semuanya di satu tempat! Selain itu, anda tidak perlu pergi ke kedai untuk melakukannya kerana segala-galanya berada di hujung hujung jari anda. Dan yang paling best, gaun ini sangatlah versatil dan dayang-dayang anda pasti mahu memakai gaun itu lagi. * inspirasi daripada filem "27 Dresses" * 



Mahkota / Perhiasaan Rambut Kristal
Kami merujuk kepada Meghan Markle sekali lagi kerana kami tidak dapat melupakan keanggunan majlis perkahwinnya, termasuk mahkota yang dipakainya!

Sekiranya anda mempunyai angan-angan untuk mengadakan majlis perkahwinan ala Meghan Markle, mahkota seperti di atas pasti akan membuatkan anda seorang pengantin yang menawan!

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mahu mahkota yang terlalu besar, perhiasan rambut kristal elegan seperti ini akan melengkapkan veil perkahwinan anda dengan sempurna.


Prop Fotobooth
Sebagai cenderahati yang unik untuk para tetamu yang hadir ke perkahwinan indah anda, sediakan sebuah fotobooth di mana mereka boleh menghiburkan diri sambil menunggu ketibaan pasangan raja sehari. Lihatlah prop funky yang akan menyerlahkan lagi gambar perkahwinan tetamu anda!

Semoga senarai ini dapat membantu anda dalam perancangan majlis perkahwinan yang indah!

Produk-produk di atas boleh didapati di https://www.11street.my/

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA