HARI MALAYSIA KONFEM MENAKJUBKAN DENGAN YES



YES percaya bahawa keunikan Malaysia adalah lebih penting daripada bersaing dengan video lain yang sering kita saksikan semasa perayaan menjelang. Sebagai organisasi yang meletakkan Malaysia dan rakyatnya sebagai fokus dalam semua langkah dan keputusan, YES ingin menawarkan lebih daripada video perayaan biasa dan ingin mendekatkan diri dengan semua tanpa mengira bangsa dan agama pada Hari Malaysia ini.

YES percaya, kami mempunyai tanggungjawab untuk merapatkan lagi teknologi kepada setiap rakyat. Ia dimulakan dengan mesej yang relevan, peraduan dan tawaran hebat Hari Malaysia. Duta YES, Neelofa dan Jack Lim bersama yang lain meraikan kita sebagai rakyat Malaysia dalam video “Bersama Kita Bahagia” dengan menyanyikan “Chan Mali Chan”, lagu rakyat yang popular di kalangan semua.

Lirik original lagu tersebut telah diubahkan sedikit dengan gabungan perkataan dan maksud yang menjadikannya lebih relevan kepada semua. Melalui lagu ini, YES percaya, Malaysia adalah sebuah negara yang diterajui teknologi dan semangat kita mejadikan ini tidak mustahil.

Sempena hari Malaysia ini, YES bukan sahaja mempersembahkan muzik video yang menghiburkan malah melancarkan kempen “Chan Mali Chan #Semua Ada Chance” dengan usahasama Touch 'n' Go yang bermula sekarang hingga 15 November 2018.




YES memberikan peluang kepada semua untuk memenangi sebuah Perodua Myvi baharu (hadiah utama) serta telefon pintar baharu seperti Samsung Note 9, Samsung S9+, Huawei Nova 3i, Vivo Y85 dan banyak lagi, setiap hari selama dua bulan.

YES percaya setiap anda boleh mengalami hidup lebih hebat dan menakjubkan dengan telefon pintar dan pelan data yang sesuai. Kempen “Chan Mali Chan #SemuaAdaChance” ini adalah sebahagian daripada inisiatif YES untuk menghargai pelanggan YES serta mereka yang berminat untuk melanggani YES.

Dalam mencapai inisiatif ini, usaha YES dapat dilihat dengan penyediaan akses dan peranti 4G sepenuh masa bertaraf global yang mampu digunakan serta dimiliki pada kadar negara dunia ketiga.

“Chan Mali Chan #SemuaAdaChance” adalah salah satu kempen yang mempunyai matlamat yang sama iaitu memberikan setiap rakyat Malaysia hak untuk mendapat rangkaian dan peranti terbaik yang akan menjadikan akses pada teknologi akan datang, tidak mustahil.

YES menggalakkan setiap rakyat Malaysia melanggani pelan YES Postpaid dan Prepaid untuk berpeluang memenangi telefon pintar setiap hari. Cara untuk memenangi adalah dengan melanggani pelan Postpaid yang paling premium atau dengan menambah nilai YES Prepaid.

Peluang untuk menang akan berganda apabila pelanggan menggunakan Touch „n Go e-wallet untuk menambah nilai YES Prepaid mereka. Selain itu pelanggan YES juga berpeluang memandu pulang Perodua Myvi baharu dan mendapat kredit Touch 'n' GO bernilai RM1000 dengan hanya menambah nilai melalui TnG e-Wallet.

Pemenang telefon pintar pula akan diumumkan setiap hari di laman YES facebookwww.facebook.com/Yes4G bermula 1 Oktober 2018 sehingga dua bulan seterusnya.

Sememangnya Internet dan telefon pintar memainkan peranan yang besar dalam kehidupan semua. Ia kini menjadi saluran utama famili untuk berhubung dan memberi kemampuan untuk bisnes kecil bersaing.

Kebanyakan kita menggunakan data untuk melayari Internet, membaca, meghantar emel, mengemaskini laman social, memuat turun atau naik dan banyak lagi.

Oleh kerana itu, Internet menjadikan permintaan tinggi untuk peruntukan data, dengan kadar yang rendah serta rangkaian Internet yang lancar dan pantas. YES sentiasa berpegang teguh pada prinsipnya dan ingin selari dengan wawasan kerajaan hari ini serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memberikan perhubungan 4G bertaraf dunia pada kadar mampu guna untuk setiap rakyat, sama ada di dalam atau di luar bandar.


Dengan ini, YES berbesar hati untuk memperkenalkan Pelan Data Tambahan Prepaid “KONFEM 4G LTE” dan “KONFEM TURBO” yang menawarkan data tanpa had dan pantas dalam pasaran sengit data mobil sekarang. Pelanggan boleh menikmati data tanpa had dengan harga RM30 untuk 30 hari dengan data tambahan “KONFEM 4G LTE”.

Tambahan pula, “KONFEM TURBO” boleh didapatkan untuk menikmati Internet 4G LTE yang lebih pantas tanpa kekangan pada bila-bila masa dan di mana jua pada harga RM5 sahaja untuk 5GB data.

Ketahui lebih lanjut mengenai “Chan Mali Chan #SemuaAdaChan” dan pelan Data Prepaid Add-on “KONFEM 4G LTE” serta “KONFEM TURBO” di www.yes.my

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI