ARTIS VETERAN BAKAL GEGARKAN KONSERT FENOMENA D'POP



Konsert Fenomena DPop, ringkasan dari Dangdut dan Pop bakal dipentaskan di Dewan Banquet Menara Felda (Bangunan Felda berhampiran KLCC) Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Konsert anjuran Wide Lane Event & Management bakal membariskan penyanyi penyanyi veteran hebat dunia pop dan dangdut tanah air. Antara artis-artis yang bakal mengambil bahagian adalah Datuk M.Daud Kilau, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nassier Wahab, Rohana Jalil, Amelina, Zamani Slam, Haiza, Zur Eda dan Siti Nordiana.

Konsert ini diadakan untuk mengubati rindu para peminat kepada penyanyi-penyanyi tersebut di samping mengumpul dana untuk Majlis Kanser Malaysia (MAKNA). Konsert ini akan diadakan dalam format makan malam untuk peminat peminat mereka, yang jauh dan dekat.

Para hadirin akan dihiburkan dengan lagu-lagu hit dangdut dan pop sepanjang zaman yang pasti mengundang nostalgia dari zaman 70an sehingga 90an.

Pakej berharga RM1000 (Platinum), RM500 (Gold), RM300 (Silver) dan RM200 (Emerald) boleh didapati mulai sekarang. Cabutan bertuah termasuk tiket-tiket melancong ke luar negara turut disediakan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Hotline: 019-3977830
FB: fenomenadpop
IG: @fenomenadpop
Twitter: @fenomenadpop
Email: fenomenaoiii.18@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO