GUARDIAN KUKUHKAN KOLABORASI DENGAN CANMAKE TOKYO



Guardian Malaysia bakal mengukuhkan kolaborasinya dengan Canmake, salah satu jenama kosmetik mampu milik yang paling popular di Jepun, melalui penambahan rangkaian produk dan bilangan stor yang menawarkan jenama tersebut.

Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Ms. Wong Vai Chi, berkata: “Keputusan untuk memberikan lebih banyak ruang kepada Canmake ini adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang sentiasa meningkat untuk produk kecantikan yang baru pada nilai hebat.”

Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Ms. Wong Vai Chi

Canmake, mula dijual di stor-stor Guardian sejak 2015, telah dilancarkan 33 tahun lalu di Jepun, dimana ia sangat popular dikalangan semua generasi kerana ia menawarkan pelbagai produk yang comel, bergaya dan berkualiti pada harga mampu milik.

“Pada tahun 2015, Guardian menawarkan produk Canmake di 12 buah stor. Hari ini, produk Canmake boleh didapati di 55 buah stor dan menjelang akhir tahun ini, ia bakal dijual di 80 buah stor kami,” tambah beliau.

Ms. Wong, mengulas tentang kolaborasi itu dalam satu kenyataan hari ini berkata: “Guardian berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan Canmake dalam menyediakan rangkaian produk hebat ini kepada lebih ramai pelanggan kami.”


Bagi memastikan pelanggan mengetahui dan berpeluang untuk mencuba produk Canmake, Guardian Malaysia telah menyediakan kaunter “make-me up”, yang lengkap dengan maklumat pengguna dan paparan tester untuk memberikan pengalaman yang lengkap kepada pelanggan.

Produk-produk Canmake direkabentuk dengan baik dalam saiz kompak untuk kemudahan pengguna. Ia muat didalam beg kosmetik atau tas tangan anda. Ia juga dijual pada harga yang perpatutan antara RM31.90 hingga RM86.70.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI