NASI LEMAK GRANDMAMA'S DI "TASTE OF MALAYSIA AIRPORTS" (MIGF)



Malaysia Airports telah menyertai kemeriahan Festival Gastronomi Antarabangsa Malaysia (MIGF), Taste MIGF 2018 yang diadakan selama dua hari pada 1-2 September di Berjaya Times Square Hotel.

Di bawah payung "Taste of Malaysia Airports", ia membawakan tiga restoran yang pernah memenangi tempat 25 ke atas dalam Anugerah tahunan KULinary tahun lalu - sebuah kempen untuk meraikan kehebatan kulinari di kedua-dua terminal Lapangan Terbang Kuala Lumpur iaitu KLIA dan klia2.


Restoran Grandmama's adalah salah satu restoran yang ditampilkan dalam "Taste of Malaysia Airports" sebagai satu "teaser" untuk acara KULinary bakal kembali lagi dalam bulan Novemer ini. Penggemar makanan bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti hebat di kedua-dua terminal KLIA kelak.


Terletak Aras Mezzanine, Sayap Selatan Bangunan Satelit KLIA, Restoran Grandmama's menghidangkan pelbagai hidangan kegemaran Malaysia umpama yang dimasak oleh nenek sendiri.

Hidangan signatur yang diketengahkan di MIGF adalah Nasi Lemak Grandmama's. Nasi lemak yang harum dihidangkan bersama kari ayam yang empuk dan lazat. Pasti dapat mengubat rindu masakan Malaysia setelah lama merantau di negeri orang!
 

Grandmama's 
Alamat: Lot A, Mezzanine Level, South Wing, Satelite Building, KLIA, 64000 Sepang, Selangor, Malaysia.
Waktu Buka: 6 pagi - 2 pagi
Laman Web: http://grandmamas.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN