NESPRESSO PERKENAL KOLEKSI MASTER ORIGIN
Apakah yang akan terjadi apabila lima landskap mengagumkan bersatu dengan lima proses khusus, diatur bersama dengan pakar perladangan kopi tempatan?
Hasilnya adalah koleksi Master Origin daripada Nespresso – lima sensasi kopi berbeza yang diinspirasikan dari bentuk muka bumi. Setiap kopi Master Origin telah berada dalam pengembaraan pertemuan yang unik.
Pakar-pakar kopi Nespresso telah meneroka di seluruh dunia untuk menemui rantau-rantau sumber kopi terbaik, dari hutan gunung-ganang Sumatera sehingga ke lembah tanah tinggi Nicaragua.
Di setiap kawasan yang terpilih, Nespresso membentuk usaha sama dengan pakar-pakar perladangan tempatan dan memulakan sebuah misi untuk menguji amalan perladangan yang sukar dan inovatif dengan matlamat untuk menerbitkan aroma-aroma dan rasa kopi baharu yang mengagumkan.
Di Ethiopia, biji-biji kopi diratakan setiap jam menggunakan tangan bagi memastikan proses pengeringan yang rata.
Sementara di Colombia, waktu penuaian biasa dipanjangkan dengan setiap buah kopi dibiarkan di pokoknya, berdepan dengan risiko penapaian, sehingga dipetik apabila tona warna buah kopi berwarna ungu yang tepat.
Di Sumatera, Indonesia, para petani menggunakan kaedah pengupasan basah tradisional dan khusus di peringkat tempatan, manakala di Nicaragua, pendekatan yang lebih manis digunakan menerusi kaedah penggunaan 'madu hitam' yang melibatkan biji kopi dibiarkan kering dalam buahnya, membenarkan biji kopi tersebut menyerap gula semula-jadi buah tersebut.
Di samping itu, kopi yang diperoleh di India melalui teknik 'monsun' tradisional yang suatu ketika dahulu merupakan kejadian semulajadi apabila kopi, yang dibawakan melalui bot, menyerap paras tinggi kelembapan lautan, menjadikan biji kopi berkenaan mengembang dan menyerlahkan rasa baharu yang unik.
Proses ini telah dibawakan ke abad 21 oleh Master Origin India, yang mana biji kopi Robusta melalui ‘kaedah monsun’ berbanding biji kopi arabica biasa.
Karsten Ranitzsch, Ketua Bahagian Kopi Nespresso menjelaskan: “Teknik prosesan biji kopi memainkan peranan penting dalam profil terakhir kopi dan menerusi rangkaian kopi Master Origin, kami mahu mencuba idea ini dan melihat bagaimana kami dapat menggunakan gabungan kaedah tradisional, baharu dan penyesuaian untuk menghasilkan lima rasa kopi yang asli dan berbeza.
“Bersama petani tempatan, kami mengambil risiko yang ada dan mencabar diri, dengan hasil dicapai bersandarkan kepercayaan dan sokongan bersama yang terbina menerusi Program Kelestarian Kualiti AAA Nespresso.”
MEMPERKENALKAN KOLEKSI MASTER ORIGIN NESPRESSO
Master Origin Indonesia
Profil rasa: Kaya & Berkayu
Teknik prosesan: Pengupasan basah
Keadaan lembap di Sumatera telah membuatkan petani mengupas biji kopi mereka sementara ia masih basah, menghasilkan tekstur kopi yang kaya dan seumpama lembut serta rasa berkayu dan liar.
Master Origin Ethiopia
Profil rasa: Berbunga dan Segar
Teknik prosesan: Kaedah pengeringan semulajadi
Sejak bertahun-tahun lamanya, para petani di Ethiopia telah menyempurnakan teknik pemprosesan kering kuno dengan mengeringkan buah kopi tanpa dikupas di tengah-tengah sinaran matahari kawasan tanah tinggi untuk menghasilkan rasa buah-buahan yang lembut.
Master Origin India
Profil rasa: Amat menyerlah & Berempah
Teknik prosesan: Monsun
Angin monsun yang basah dan kuat melanda kawasan pantai Malabar di India selama berbulan-bulan. Rakan petani kami telah menyemai kuasa musim tersebut untuk menghasilan rasa kopi yang menyerlah tetapi lazat.
Master Origin Nicaragua
Profil rasa: Manis dan Harmoni
Teknik prosesan: Madu hitam
Di lembah-lembah kawasan tanah tinggi Nicaragua, kopi madu hitam kami diratakan dengan tangan setiap sejam di bawah sinaran cahaya matahari yang panas untuk menyerap rasa manis buah kopi tersebut.
Master Origin Colombia
Profil rasa: Buah-buahan dan Bertenaga
Teknik prosesan: Penuaian lewat
Kami memperkenalkan teknik penuaian lewat di kawasan hutan dan berbukit tinggi di Colombia. Buah kopi dibiarkan matang di rantingnya dengan setiap buah dinilai setiap hari dan hanya dipetik apabila ia benar-benar sesuai. Kopi Colombia kami ditapai, tetapi tidak terlalu lama. Malah, rakan petani kami mengetahui tempoh yang diperlukan untuk mendapatkan rasa buah-buahan yang khusus.
Setiap kopi Master Origin boleh dinikmati dalam bentuk Espreso (40ml) atau Lungo (110ml) dan merupakan tambahan kekal rangkaian kopi Nespresso mulai 27 Ogos 2018 di butik-butik Nespresso di seluruh dunia.
Ia juga boleh didapati melalui tempahan di Pusat Khidmat Pelanggan Nespresso serta secara dalam talian di www.nespresso.com.
Comments
Post a Comment