"ONE TWO JAGA" DI PAWAGAM 6 SEPTEMBER



Filem 'One Two Jaga' arahan Nam Ron yang telah berjaya mewakili negara untuk menyertai beberapa buah festival filem antarabangsa seperti dipilih sebagai filem pembukaan untuk 20th Udine Far East Film Festival dan mengadakan premiere dunia di Itali; mengadakan tayangan dalam Minggu Filem dalam 21st Shanghai International Filem Festival, China dan sebagai calon akhir bagi kategori Filem Cereka Terbaik di 17th New York Asian Festival Filem, Amerika Syarikat, filem ini akhirnya bakal menemui penonton di pawagam tempatan seluruh negara bermula dari 6 September 2018 ini. 


Dibintangi Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Amerul Affendi, Iedil Putra, Chew Kin Wah serta bintang Indonesia, Ario Bayu dan Asmara Abigail dan ramai pelakon tempatan, filem ini meneroka sisi gelap berkaitan rasuah, korupsi dan jenayah serta konflik kemanusiaan sejagat yang menghantui masyarakat.


SINOPSIS
Seorang pendatang asing Indonesia Sugiman (Iman) yang merupakan bapa tunggal mengalami mimpi buruk yang penuh keganasan dan darah.

Anaknya yang tidak mendengar kata iaitu Joko meluangkan terlalu banyak masa dengan lelaki dewasa tidak boleh dipercayai, Adi; dan adiknya Sumiati lari daripada pekerjaannya sebagai pembantu rumah kerana ingin pulang ke Indonesia.

Sugiman meminta bantuan daripada majikannya, Sarip yang merupakan seorang bos syarikat pembinaan dan juga bapa kepada si Adi untuk menghantar adiknya menaiki bot haram, tapi ada harga yang perlu dibayarnya.

Pada masa sama, dia harus melindungi Sumiati daripada pihak polis dengan menyembunyikannya di sebuah hotel murah. Bilik hotel di sebelah pintunya pula disewa oleh Rico, seorang tukang atur Filipina yang sentiasa tertekan untuk menghantar wang kepada ibunya.

Dia bekerja dengan rakannya Marzuki untuk seorang bos besar bergelar Datuk dan `meminjam' wang daripada laci majikannya untuk memenuhi keperluannya. Tetapi, Datuk mahu wang itu kembali. Hassan pula sudah berkahwin dan memiliki dua anak serta sentiasa tidak cukup wang.

Dia mengambil sedikit wang perlindungan daripada beberapa pekedai dan kerap menerima rasuah daripada penjahat untuk membiarkan mereka terlepas. Ketika majikannya James mengarahkan agar dia merekrut rakan baharu, Hussein. dia melayan rakannya itu dengan ramah, tetapi cuba menyembunyikan hakikat sebenar bahawa dia menerima rasuah.

Bagaimanapun, Hussein berang apabila dia tahu mengenai wajah sebenar Hassan dan ingin membawa pesalah undang-undang itu ke muka pengadilan. Apabila orang-orang Datuk menangkap Marzuki dan membawa mereka kepada Rico, kekecohan yang berlaku menemukan Hassan dan Hussein dengan insiden tersebut.

Di luar hotel, Hassan bertembung dengan Sumiati yang gagal menjelaskan sebab dia tidak memiliki pasport. Satu panggilan meyebabkan Sugiman cuba menyelamatkan adiknya daripada polis.

Sementara itu, Datuk telah senyap-senyap merakam permintaan ketua polis James untuk dirasuah. Namun, sebelum sesiapa tahu apa sebenarnya sedang berlaku, keadaan sudah menjadi huru-hara.

 

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025