PESTA BUKU BIG BAD WOLF KEMBALI KE IPOH



Atas permintaan ramai, pesta buku Big Bad Wolf kini kembali semula ke Ipoh dan akan menawarkan pelbagai pilihan buku dengan diskaun terhebat bermula dari 75% hingga 95%.

Pesta buku selama 10 hari ini akan berlangsung pada 14 September hingga 23 September 2018, bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam bertempat di PHL Convention Centre, Menglembu, Ipoh.

Yang menariknya, masuk adalah PERCUMA!

 Pesta buku Big Bad Wolf, yang dikenali sebagai pesta buku terbesar di dunia, menawarkan pelbagai pilihan buku berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina yang merangkumi semua genre.

Pengunjung juga akan dapat menemui buku-buku terlaris, novel remaja, buku kanak-kanak, novel percintaan, sains fiksyen, jenayah, seram, buku perniagaan, seni bina, seni dan reka bentuk, buku memasak dan banyak lagi buku-buku kegemaran anda.

Pesta buku ini turut menawarkan buku-buku pendidikan oleh penerbit-penerbit terkenal seperti Kualiti, Sasbadi, PTS dan Pelangi, serta novel kontemporari tempatan, terbitan Buku Fixi, Lejen Press, DuBook Press dan banyak lagi.

“Penganjuran pesta buku Big Bad Wolf di Ipoh mengukuhkan lagi komitmen kami untuk memudahkan orang ramai membeli buku pada harga yang berpatutan. Semua usaha yang kami lakukan ini adalah dengan matlamat untuk memupuk semangat suka membaca,” kata Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap.

Tahun ini di Malaysia, pesta buku Big Bad Wolf telah menjelajah ke Melaka, Sarawak dan kini di Ipoh.

“Kami juga merancang untuk berkunjung ke bandar-bandar yang lain di masa hadapan. Kami sedar bahawa terdapat ramai peminat yang mengalu-alukan kedatangan kami ke bandar mereka dan kami sememangnya berharap agar permintaan tersebut mampu dipenuhi dalam tempoh terdekat,” tambah Yap.

Para pengumpul dan peminat barangan vintaj juga mampu mendapatkan beberapa aneka pilihan poster dinding, lencana butang, papan tanda tin serta barangan eksklusif Big Bad Wolf pada harga yang rendah.

Para pengunjung digalakkan untuk membeli belah secara berhemah dan memulangkan semula buku-buku yang tidak akan dibeli ke tempat asalnya. Sikap bertanggungjawab ini perlu diamalkan supaya pengunjung yang lain dapat mencari buku berkenaan dengan mudah di bahagian yang sepatutnya.

Para peminat boleh mengunjungi laman Facebook dan Instagram rasmi Big Bad Wolf untuk melihat previu judul buku yang ditawarkan sewaktu pesta.

Facebook: www.facebook.com/bbwbooks/
Instagram: www.instagram.com/bigbadwolfbooks

Maklumat pesta buku Big Bad Wolf: 
Big Bad Wolf Ipoh 2018
Tempat: PHL Convention Centre, Menglembu, Ipoh
Tempoh pesta buku: 14 September hingga 23 September 2018
Masa: 11 pagi hingga 12 tengah malam
Masuk adalah PERCUMA!

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!